Showing posts with label ngeri. Show all posts
Showing posts with label ngeri. Show all posts

22.3.13

Gambar Kepala Lelaki Yang Di Pancung Di Johor KLUANG – Polis menemui satu kepala milik lelaki warga emas yang dipercayai dijadikan pemujaan di dalam sebuah kuil di kawasan ladang kelapa sawit, dekat Sri Lalang, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kepala lelaki berusia 62 tahun itu ditemui penjaga kuil di Ladang Coronation pagi ini sebelum melaporkan kepada polis pada pukul 7.30 pagi. “Siasatan awal mempercayai lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum kepalanya yang dipotong dengan senjata tajam dibawa ke kuil berusia lebih 70 tahun itu untuk tujuan pemujaan. Usaha sedang digiatkan untuk mengesan anggota badan lelaki itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, di sini hari ini. – Kosmo


Gambar Kepala Lelaki Yang Di Pancung Di Johor


KLUANG – Polis menemui satu kepala milik lelaki warga emas yang dipercayai dijadikan pemujaan di dalam sebuah kuil di kawasan ladang kelapa sawit, dekat Sri Lalang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kepala lelaki berusia 62 tahun itu ditemui penjaga kuil di Ladang Coronation pagi ini sebelum melaporkan kepada polis pada pukul 7.30 pagi.

“Siasatan awal mempercayai lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum kepalanya yang dipotong dengan senjata tajam dibawa ke kuil berusia lebih 70 tahun itu untuk tujuan pemujaan. Usaha sedang digiatkan untuk mengesan anggota badan lelaki itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, di sini hari ini. – Kosmo

12.3.13

Polis Cerita Pengalaman Ngeri Dua Tangannya Dipotong Hingga Cacat


Polis Cerita Pengalaman Ngeri Dua Tangannya Dipotong Hingga Kudung

Kisah di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Kini beliau lumpuh ke dua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.

Kami terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun kami merasakan ianya perlu diceritakan supaya menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukan satu sandiwara sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakkan menyebabkan jari-jari dan ke dua tangannya hampir putus.

Dia menceritakan bahawa sebenarnya yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. yang lain semuanya terkorban dalam keadaan yang amat ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan, walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.


Ada antara mayat anggota yang dipotong kaki tangannya. Malah dikorek mata jasad yang terbujur kaku itu.Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang paling sesuai untuk perbuatan mereka.
 
Dia bernasih baik kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. Dua puluh jam dia bertahan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.

Akhirnya dia diselamatkan. Ke dua-dua belah tangannya yang hampir putus telah dijahit semula. Namun sehingga kini dia masih tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

Airmatanya berlinang, dia tidak akan melupakan peristiwa pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim.
source

9.3.13

Polis Dikorek Mata,Dibelah Perut Dan Tangan Dipotong Penceroboh


LAHAD DATU 7 Mac - Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.

Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.

"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya.

Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.

Semua mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala.

3.3.13

Budak Terkoyak Muka Kerana Letupan Air Tin Berkarbonat Yang Dibekukan


Budak Terkoyak Muka Kerana Letupan Air Tin Berkarbonat Yang Dibekukan
Seorang budak dari Jiading Shanghai menerima nasib malang apabila air tin berkarbonat dibekukan dalam peti ais.Apabila air 'bergas' ini beku,tekanan tinggi akan berlaku kerana karbon dioksida terlerai hingga boleh     meletupkan tin aluminum yang nipis itu.

Letupan terjadi semasa budak ini membuka penutup tin tersebut.Akibatnya bahagian pipinya terkoyak hingga menerima 38 jahitan.




1.3.13

Ada bayi Dalam Perut Bayi (3 Gambar)


Ada bayi Dalam Perut Bayi (3 Gambar)

Seram,selepas dibedah beginilah rupa bayi dalam perut baby ni

28.2.13

Ngeri,Punggung Budak Tercucuk Batang Besi Basikal


Seorang kanak-kanak yang dalam perjalanan untuk hari pertama persekolahannya ketika musim bunga ditimpa malang apabila punggungnya tertikam oleh basikal yang dinaiki.

Ketika kejadian yang berlaku di wilayah Jiangsu, China, ini, kanak-kanak tersebut dipercayai sedang mengayuh basikal untuk menuju ke sekolah sebelum tempat duduknya patah dan terjatuh. Akibatnya dia tersungkur dan batang besi tersebut menikam punggungnya.
Anggota bomba terpaksa dipanggil namun mereka gagal untuk menanggalkan basikal itu. Sebahagian besar bahagian basikal terpaksa dipotong bagi membolehkan kanak-kanak tersebut dihantar ke hospital. Akhirnya doktor berjaya menanggalkannya dengan melakukan sedikit pembedahan.
Masih tiada penjelasan bagaimana tempat duduk tersebut boleh patah dengan sebegitu teruk. Namun ianya dipercayai buatan China dan mungkin mempunyai kualiti yang terlalu rendah.

25.2.13

CCTV Rakam Budak Dilenyek Kereta Bapa


CCTV Rakam Budak Dilenyek Kereta Bapa
Kes kemalangan melibatkan anak kecil yang maut dilanggar sewaktu ahli keluarga mengundurkan kereta bukan kes terpencil.

Di negara ini, kita sering membaca di dada-dada akbar bagaimana si bapa tidak perasan kehadiran anak kecilnya sewaktu mengundurkan kenderaan hingga membawa kepada kecelakaan.

Mungkin anda marah dengan kealpaan tersebut, tetapi tahukah anda – ANDA JUGA MUNGKIN BERPOTENSI UNTUK JADI SEDEMIKIAN!

Baru-baru ini berlaku kejadian serupa di Thailand.

Kamera CCTV yang dipasang di rumah keluarga tersebut menceritakan segalanya.

Si bapa yang sedang mengundurkan kenderaan tidak sedar bahawa anak kecilnya ada di belakang kenderaan tersebut.

Kemudian terjadilah kejadian yang cukup menakutkan itu!

Semoga ia tidak berlaku kepada saya, anda dan kita semua…Nauzubillah! -Mynewshub

17 Gambar Kemalangan Ngeri Kereta Lumba Yang Mencederakan 28 Penonton


17 Gambar Kemalangan Ngeri Kereta Lumba Yang Mencederakan 28 Penonton
















23.2.13

Video Aksi Ngeri Tukar Tayar Kereta Ketika Bergerak



LOS ANGELES - Satu rakaman klip video menunjukkan aksi seorang penduduk Arab Saudi menukar tayar bekalang semasa kereta yang dinaikinya bergerak dalam keadaan senget, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.

Menurut akhbar itu, aksi tersebut dilakukan di sebuah lebuh raya di negara tersebut. Seorang penumpang yang duduk di bahagian belakang membuka pintu dan menukar tayar kereta tersebut semasa ia berada dalam keadaan senget.




Klip tersebut dimuat naik pada 10 Februari lalu. Dalam rakaman di YouTube itu, pelagak ngeri tersebut dilihat turut menanggalkan skru tayar dengan tangannya.
source

21.2.13

Video Ngeri 46 Larva Lalat Dalam Leher Monyet


Ingin penulis nasihatkan agar sekiranya para pembaca mempunyai keberanian yang tinggi dan tidak langsung berasa geli, anda bolehlah menonton video di bawah ini.

Video ini tentang kesihatan seekor monyet.

Kalau dilihat pada keadaan monyet itu, memang terlalu kasihan.
Boleh dikatakan monyet tersebut sedang ‘bertarung nyawa’.

Ini kerana, terdapat 46 ekor ‘botflies’, sejenis binatang yang besar bewarna hitam berada di bawah kulitnya.
Lebih menyedihkan, kesemua ‘botflies’ itu ‘tinggal’ di bahagian bawah leher monyet malang itu.

Keadaan itu menyukarkan lagi sistem pernafasannya. Di akhir klip diberitahu, monyet itu gagal diselamatkan dan mati selepas dua hari kesemua botflies itu dikeluarkan.

source

19.2.13

Gambar Sarat Emosi Sedih Menang World Press Photo 2013



Gambar oleh Paul Hansen yang memaparkan jenazah dua kanak-kanak Palestin yang dibawa untuk dikebumikan dalam satu serangan udara Israel memenangi anugerah World Press Photo 2013.

Jurugambar akhbar harian Dagens Nyheter dari Sweden itu mengambil gambar tersebut ketika upacara pengkebumian Suhaib Hijazi, 2, dan abangnya, Muhammad, 3, di Gaza City pada 20 November lalu.

"Kekuatan gambar itu terletak pada cara ia memaparkan kemarahan dan kesedihan sekumpulan orang dewasa yang mengangkat kanak-kanak tidak berdosa itu.

"Gambar itu tidak akan dapat saya lupakan selama-lamanya," kata juri dari Peru, Mayu Mohanna.



Ayah kepada kanak-kanak malang itu, Fouad, turut terbunuh dalam serangan udara rejim Zionis yang meranapkan rumah mereka manakala ibu mereka pula diletakkan di dalam unit jagaan rapi.

Dua jurugambar yang hasil kerja mereka digunakan oleh AFP, Fabio Bucciarelli dari Itali dan Javier Manzano dari Amerika Syarikat (AS), masing-masing memenangi kedudukan kedua dan ketiga bagi kategori Spot News melalui gambar mereka yang diambil di kawasan pertempuran mengerikan di bandar Aleppo, Syria.

Persaingan World Press Photo tahun ini menyaksikan sebanyak 19 juri profesional dalam bidang jurugambar berita dan jurugambar dokumentari memilih 103,481 gambar yang dihantar oleh 5,666 jurugambar dari 124 negara.



18.2.13

Jatuh Tingkat 8 Akibat Tidak Dengar Cakap Isteri (5 Gambar)

Lelaki ini tidak dibenarkan isterinya untuk keluar berjumpa dengan kawan-kawan.Dia mendakwa dikurung di sebuah bilik flat tingkat 8 s.Nekad untuk keluar dia menyambung helaian kain untuk dibuat tali,tapi malang ikatan tali itu terputus ketika dia masih di tingkat 7.Selamat ke dia? lihat gambar dibawah





16.2.13

Armageddon,500 Cedera Meteor Jatuh Meletup Di Rusia



Armageddon,500 Cedera Meteor Jatuh Meletup Di Rusia

Serpihan tahi bintang (meteor) meletup dan jatuh di tengah Rusia pada Jumaat sehingga mencetuskan panik apabila ia mengakibatkan gegaran yang menyebabkan tingkap pecah dan lebih 500 orang cedera. Keadaan itu menyebabkan trafik tergendala di bandar Chelyabinsk apabila sebahagian tahi bintang yang jatuh terbakar di paras rendah atmosfera di bandar itu.
Menurut sumber Kementerian Kecemasan Rusia, pada pukul 9.20 pagi (waktu Rusia), sebuah objek dilihat di atas Chelyabinsk di mana ia terbang dengan kelajuan yang tinggi dan meninggalkan kepulan asap di belakangnya. Dalam masa dua minit, terdapat dua letupan.