Showing posts with label Gossips. Show all posts
Showing posts with label Gossips. Show all posts

17.3.13

Eina Azman Kena Gangguan Séksual Dan Nyaris Dirógol


Pelakon remaja, Eina Azman atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman mendakwa dirinya ditipu ahli perniagaan bergelar Datuk yang kononnya ingin berbincang tentang hal pembelian kereta di sebuah hotel. Namun, Eina rasa tak puas hati dan rasa ditipu setelah perjumpaan dibuat, ahli perniagaan itu langsung tak bercakap mengenai kereta. Tapi benda yang lain pulak berlaku apabila Datuk itu telah menawarkan untuk membela Eina Azman dan cuba buat gangguan seksual. Laporan dari Harian Metro mengatakan, Eina Azman telah pun buat laporan polis tentang perkara yang melibatkan maruah pelakon ini.


“Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa sahaja, selain melakukan gangguan seksual ke atas diri saya.”

Kejadian di hotel itu berlaku kira-kira jam 11 malam pada 8 Februari lalu, dua hari selepas itu, dia buat laporan polis ke atas ahli perniagaan terbabit atas dakwaan menipu.

Sebelum ini, Eina Azman hanya berurusan dengan isteri ahli perniagaan untuk membeli sebuah kereta Mercedes berharga lebih RM220,000.
“Apabila dia kata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, saya sangat sedih kerana saya ada maruah dan masih ada ibu bapa. Apa yang dilakukannya saya tidak dapat terima.”

Menurut Eina, untuk membeli kereta idamannya itu dia sudah membayar RM175,500 menerusi empat transaksi dan menjelaskan duti cukai tapi kereta yang dijanjikan masih belum diterima.
“Pada 3 Januari lalu, saya sempat mengambil kereta itu tapi selepas empat hari tapi saya hantar semula kerana ada masalah pada lampu depan. Sepatutnya, saya mahu menggunakan kereta baru itu untuk pengambaran muzik video lagu baru saya, Ku Bahagia Bersamanya. Tapi apabila menyemak nombor pendaftaran kereta itu, saya turut terkejut sebab kereta itu belum didaftarkan.”
Susualan kejadian di hotel itu, Eina mendakwa dia menceritakan segalanya kepada isteri ahli perniagaan itu tapi malangnya tidak diendahkan, malah dia masih gagal menghubungi Datuk terbabit sehingga sekarang.


“Saya percaya kereta saya masih berada dalam ruang pameran di kedai keretanya. Dia ada memberikan kereta lain untuk sementara waktu tapi kereta itu kerap rosak.”

Apabila rasa dirinya ditipu, Eina ditemani ibunya, Amy Roshaida Abdul Rafar telah buat laporan polis di Balai Polis Jalan Bandar pada 6 Februari lalu dan Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan menerima laporan itu.

Kepada yang tidak mengenali Eina Azman, beliau merupakan pelakon yang pegang watak utama dalam drama bersiri Mimpi Cinderella dan membintangi filem Ratu. Eina Azman juga adalah kawan rapat kepada Afiq Muiz.

Semoga berita ini dijadikan pengajaran buat kita semua.




14.3.13

Video Shila Amzah Lepas Geram Seksi Dengan Baju Pengantin



Video Shila Amzah Lepas Geram Seksi Dengan Baju Pengantin

Bagi edisi bulan April akan datang, pihak majalah Nona bakal menampilkan penyanyi terkenal, Shila Amzah sebagai penghias muka depan majalah mereka dengan bertemakan edisi eksklusif perkahwinan.

Jika dilihat daripada foto yang dipaparkan, Shila Amzah kelihatan sungguh cantik dan anggun apabila menggayakan pesalinan busana pengantin berwarna putih rekaan Jovian Mandagie dan diselitkan dengan hiasan bunga tangan dari Flora Academy.
 
Nona edisi khas perkahwinan kali ini bakal mengupas hikmah disebalik kegagalan kisah cinta menerusi isu pelamin anganku musnah, ketahui 50 himpunan gaun pengantin yang cantik dan menarik, pelajari gaya tudung serta hantaran fesyen untuk pengantin lelaki dan yang paling istimewa ikuti temubual eksklusif luahan hati dan kisah cinta Shila Amzah.
 
Untuk ketahui lebih lanjut, jangan ketinggalan untuk dapatkan majalah Nona di pasaran.-Ohbulan

VIDEO KLIK SINI

9.3.13

Gambar Remy Ishak Letak Bunga Depan Kedutaan Filipina






Berhubung isu pencerobohan di Sabah oleh pengganas-pengganas yang mengaku berasal daripada keturunan Kesultanan Sulu, sebuah acara khas telah dianjurkan oleh Joe Lee, seorang pencinta keamanan di hadapan Pejabat Kedutaan Filipina di Jalan Changkat, Kuala Lumpur, lewat tengahari tadi.

Acara khas ini dianjurkan demi menyatakan Malaysia adalah sebuah negara yang aman kepada semua rakyat Filipina dan kaum Sulu yang menetap di negara ini. Ia juga untuk menghargai perjuangan perajurit-perajurit negara yang telah terkorban dan masih berjuang mempertahankan kedaulatan negara selain memberikan mesej bahawa rakyat Malaysia ingin konflik ini diselesaikan secara aman.



Disamping itu, ia juga memberi mesej bahawa rakyat Malaysia berterima kasih kepada pemimpin Filipina terutamanya Presiden Aquino Benigno yang turut menyelar tindakan pencerobohan itu.



Sebentar tadi, acara khas yang dihadiri lebih kurang 100 orang daripada orang kebanyakan, rakan media dan juga ahli-ahli Persatuan Sulu Bersatu Sabah (PSBS) telah bersama-sama meletakkan bunga di hadapan pagar kedutaan tersebut.

Remy Ishak dilihat sebagai satu-satunya golongan selebriti yang hadir bagi menunjukkan sokongan terhadap #OpsBunga. Hadir seorang diri lengkap bersongkok dan berbaju melayu, ia secara tak langsung dilihat sebagai simbolik memberikan sokongan kepada adiknya yang bertugas sebagai anggota tentera di kawasan pencerobohan.-OhBulan.com

Rozita Che Wan Sertai Masterchef Sebelum Kahwin


KUALA LUMPUR, 8 MAC 2013: Belum pun diumumkan secara rasmi, peserta Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2, pelakon Rozita Che Wan telah mengesahkan bahawa dia merupakan salah seorang peserta untuk program ini.
Oleh itu, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta memberitahu telah meluangkan masa sibuknya itu dengan menghadiri kelas masakan.
"Sebabkan Masterchef, saya pergi kelas cooking. Saya tak tahu nak buat western food, sebab itu saya pergi belajar. Masak-masak untuk anak itu tahulah. Saya ambil kelas ni pun sedikit sebanyak boleh menjamu tetamu pada masa akan datang. Sebenarnya, saya dah dapat offer masuk program ini sejak dari musim pertama lagi.
"Namun, ia belum menjadi rezeki saya ketika itu kerana jadual saya bertindih dengan projek Milan. Saya memang menunggu tapi waktu itu dah bertindan jadual, jadi saya tidak boleh buat apa-apa. Tup tup dapat offer lagi," katanya kepada murai.com.my.
Mengulas lebih mengenai keterujaan menyertai program ini, Che Ta mengakui tidak memasang strategi sebalik berasa seronok selepas mendapat tahu kebanyakan peserta yang menyertainya terdiri daripada kawan rapatnya sendiri.
"Saya tidak ada strategi langsung. Saya pun tidak sempat nak tonton program ini musim yang lepas. Saya hanya ikut saya caranya nanti. Saya betul-betul seronok dapat masuk sebab semuanya kawan-kawan saya. Sekarang ini, saya masih belum sempat bertanya apa-apa dengan peserta musim lalu.
"Insya-Allah, kalau ada peluang nanti, saya nak bertanyakan tips kepada Dato' Fazley," jelasnya.

LA Mengubah Justin Bieber Jadi Semakin Liar


PERILAKU Justin Bieber yang semakin pelik sejak kebelakangan ini menjadi perhatian ramai sehingga dia diminta untuk meninggalkan segera Los Angeles (LA) oleh rakan-rakannya.

Menurut laporan portal Dailymail.co.uk, rakan-rakan Justin menganggap perilaku Justin, 19, yang semakin liar berpunca daripada persekitaran penyanyi itu di bandar raya terbabit.
"Semua keburukan itu mula kelihatan sejak dia (Justin) berada di LA. Dia banyak menghabiskan masa di sana (LA) sehingga kelakuannya mula berubah.
Justin semakin gemar keluar di depan khalayak dengan imej menunjukkan seluar dalamnya tanpa berbaju.

"Jadi, adalah lebih baik dia keluar sahaja dari tempat itu," kata sumber.

Sumber lain pula mengatakan Justin masih mencari identiti dirinya sendiri dan jika tidak bertegas, berkemungkinan besar dia akan hanyut dengan perkara-perkara negatif.

Sebelum ini, Justin telah pun menunjukkan perilaku tidak senonohnya dengan keluar tanpa memakai baju, menghisap ganja dan melanggar peraturan jalan raya.

Kelewatannya dalam membuat persembahan dalam sebuah konsert turut membuatkan orang ramai bengang dengan sikapnya itu.Mstar 

19.2.13

Bengang Tak Tercalon Anugerah,Fizz Fairuz Lari


Sepanjang minggu lepas, heboh juga kisah pertunangan mengejut pelakon Fizz Fairuz dengan seorang wanita dari Kuantan, Pahang. Yang nyata tunangannya bukanlah Almy Nadia, pelakon yang sudah tujuh tahun bercinta dengannya sebelum ini. Beberapa media telah menyatakan yang Fizz dukar dihubungi dan tidak mahu memberi kerjasama untuk menerangkan tentang pertunangannya yang mulanya dibuat secara diam-diam.

Malah ketika dihubungi wartawan Melodi TV3 semalam, Fizz memberikan alasan yang dia tidak dengar suara pemanggil kerana ‘telefonnya rosak’.

Laporan di Harian Metro sebelum ini juga ada menyatakan yang Fizz bengang kerana tidak tercalon untuk ABPBH 2012. Dalam Bi-pop semalam pula, Fizz dikatakan turut berkelakuan seolah-olah ingin ‘melarikan diri’ sebelum ini apabila ditanya sama ada benar dia bengang dirinya tidak dicalonkan untuk ABPBH 2012.
Almy melalui pelbagai sumber berita menyatakan dia tidak mahu memberikan kenyataan selagi Fizz sendiri tidak memberikan kenyataan. Melalui portal Murai, Almy menyatakan dia tidak mahu bercakap banyak kerana Fizz kini tunangan orang dan dia juga berharap Fizz berbahagia dengan pilihannya.
Saya akan bersuara jika Fizz tampil menjelaskan segalanya terutama jika ia melibatkan saya. Jika tidak, saya pun tidak mahu menggangu tunangan orang. Apa yang boleh saya cakap, saya hanya mendoakan yang baik-baik sahaja kepadanya semoga dia berbahagia.

Almy juga ada menyatakan yang dia mahu fokus lebih kepada anak angkat dan kerjaya seninya sahaja selepas ini. Selamat maju jaya diucapkan pada Almy. Manalah tahu Almy akan tercalon ABPBH tahun depan pula, kan? Tuhan maha kaya.-Murai

17.2.13

Rosyam Nor Beli Mclaren Mp4-12C


Rosyam Nor Beli Mclaren Mp4-12C



16.2.13

Rombongan Bersenjata Cuba Malukan Malaysia Sempena Pilihanraya?



BAGAN SERAI, 13 Feb - Pasukan keselamatan menahan sekumpulan warga asing menyamar sebagai anggota tentera cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu, Sabah semalam.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan pasukan polis mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.

"Kita tidak mahu sebarang unsur pendedahan mengenai pertahanan negara berlaku di mana-mana kawasan di negara ini termasuk di Lahad Datu," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan memorandum sokongan kepada Barisan Nasional (BN) daripda 28 badan bukan kerajaan di kawasan Bagan Serai di sini, Rabu.

Katanya, langkah itu juga bagi memastikan tindakan segera diambil bagi menentukan pertahanan dan keselamatan negara berada pada tahap maksimum.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut dan meminta kerjasama daripada pihak kerajaan negara berkenaan bagi menyelesaikan perkara itu.


Ahmad Zahid mengarahkan Panglima ATM Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dengan lebih lanjut.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata polis Sabah masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.
Beliau berkata adalah terlalu awal untuk mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Saya belum terima apa-apa maklumat...ia di bawah siasatan polis Sabah. Jika warga asing itu telah ditahan pasukan tentera maka kesemua mereka akan diserahkan kepada pihak polis untuk disoal siasat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu - BERNAMA



 

Update Semasa/ Info tidak rasmi :

Assalamualaikum, maklumat dr Ops room KK:
1. Staf telah menerima maklumat daripada ACP Manaf (Polis Marin Sabah) memaklumkan mengenai status terkini penglihatan kejadian. Pada jam lebih kurang 0800 hari ini, IPD Lahad Datu telah menerima maklumat seramai 32 orang (6 orang berpakaian jubah dan selebihnya memakai baju celoreng dan seluar biasa) telah berkumpul di rumah Ahmad Malandi @ Mat Bom di Kampung Tanduo. Kumpulan ini dipercayai daripada ahli Kesultanan Sulu dari Pulau Sibutu dan Pulau Sipangkot, Filipina di ketuai oleh Hj Musa @ Hj Kuning @ Dato’ Puin. Kumpulan ini juga dilaporkan membawa senjata M16.

2. Kumpulan ini dilaporkan bertujuan untuk melawat Ahmad Malandi @ Mat Bom yang kini berada di wad ICU Hospital Lahad Datu (sakit tidak diketahui). Kejadian ini juga berlanjutan daripada insiden pertemputan MNLF dan KAS yang dilaporkan sebelum ini. Kumpulan ini dilaporkan juga dilaporkan cuba membuat huru-hara dan memalukan kerajaan Malaysia sebelum pilihanraya yang akan datang.

3. Berlanjutan daripada insiden tersebut, Polis Marin telah memulakan Op DAYAK bagi mencegah kemasukan kumpulan ini. 3 buah bot telah ditugaskan untuk mengawas perairan negara dari Pulau Tambisan ke Tanjung Labian. Pasukan VAT 69 juga akan tiba pada malam ini untuk membantu operasi. Bagi aset TLDM KD TODAK telah berada di Tanjung Labian dan sedang melaksanakan rondaan bersama KM BANGI. KD PERAK dalam pelayaran ke Tanjung Labian dan dijangka tiba pada 1900. Tim ZULU dan ZEBRA dalam perjalanan ke Lahad Datu sebelum ditugaskan menaiki CB 90 ke Tanjung Labian.

4. Maklumat daripada anggota perisikan PASKAL, pada 1500 hari ini telah terserempak dengan 10 orang berpakaian celoreng di Tanjung Labian. Butiran lanjut belum dapat dipastikan lagi. Dijangkakan seramai 100 dari kumpulan ini akan bergerak ke kawasan Felda Sahabat dari Pulau Bangao, Filipina (35 bbn Timur Tanjung Labian).

5. Kapal-kapal dipelabuhan telah dimaklumkan untuk meningkatkan 4HNFS.
Maklumat terkini dr PWL2, kapalx tingkatkan immediate notice for sea.
 
Lain- Lain :
 

Keadaan di Lahad Datu terkawal - PM

PAPAR 14 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keadaan di Lahad Datu adalah terkawal dengan kerajaan memilih cara perundingan, bukannya pertumpahan darah bagi membolehkan sekumpulan orang asing bersenjata api keluar dari negara ini dengan aman.

Katanya, kawasan yang diduduki mereka pada masa ini telah dikepung oleh pasukan polis dan Angkatan Tentera Malaysia yang mencukupi kekuatannya untuk bertempur.

"Mereka mempunyai saudara mara di sini dan kita tidak mahu melakukan apa-apa tindakan yang menyebabkan ada nyawa terkorban. Kita minta mereka balik secara baik ke selatan Filipina," katanya selepas majlis bersama rakyat di sini hari ini. - UTUSAN

10:02PM Feb 13 2013 
Pasukan keselamatan menahan sekumpulan warga asing menyamar sebagai anggota tentera cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu, Sabah semalam. 

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan pasukan polis mengambil tindakan segera berhubung perkara itu. 

"Kita tidak mahu sebarang unsur pendedahan mengenai pertahanan negara berlaku di mana-mana kawasan di negara ini termasuk di Lahad Datu," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan memorandum sokongan kepada Barisan Nasional (BN) daripda 28 badan bukan kerajaan di kawasan Bagan Serai hari ini. 

Katanya, langkah itu juga bagi memastikan tindakan segera diambil bagi menentukan pertahanan dan keselamatan negara berada pada tahap maksimum. 

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut dan meminta kerjasama daripada pihak kerajaan negara berkenaan bagi menyelesaikan perkara itu. 

Ahmad Zahid mengarahkan Panglima ATM Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dengan lebih lanjut. 

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata polis Sabah masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

Beliau berkata adalah terlalu awal untuk mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Saya belum terima apa-apa maklumat...ia di bawah siasatan polis Sabah. Jika warga asing itu telah ditahan pasukan tentera maka kesemua mereka akan diserahkan kepada pihak polis untuk disoal siasat," katanya ketika dihubungi
Bernama.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata kumpulan tersebut menceroboh masuk disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.

"Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang," kata Ismail dalam kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan pada pukul 8.30 malam ini.

Menurut sumber polis, lebih 100 anggota kumpulan, disyaki kumpulan militan dari selatan Filipina, bersenjata lengkap dan berpakaian celoreng tentera telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.

Bagaimanapun setakat 10 malam ini, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.

Pihak berkuasa juga tidak dapat memastikan sama ada kumpulan berkenaan mempunyai kaitan dengan penahanan tiga lelaki termasuk bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat di sini, minggu lepas dan kematian seorang rakyat Malaysia Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, yang ditembak oleh pasukan keselamatan Filipina di Davao, selatan Filipina, 14 Disember lepas.

Sementara itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan hanya berkata "tunggu kenyataan daripada Ketua Polis Negara". 

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut dan kemungkinan satu sidang media akan diadakan esok berhubung perkara itu.

Pada November lepas, seorang pengurus ladang kelapa sawit dan penolongnya dilaporkan diculik sekumpulan lima lelaki bersenjata dari sebuah ladang di kawasan pedalaman di bahagian pantai timur Sabah.

Selain insiden itu, pada September 1985, sebuah bank dan pejabat Malaysia Airlines (MAS) di Lahad Datu pernah dirompak oleh 26 lelaki dan seorang wanita, yang bersenjatakan M-16, pelancar grenade dengan kumpulan itu berpakaian ala tentera.

Dalam rompakan itu 11 orang awam terbunuh manakala seorang pengawal dan tiga orang awam cedera. 
source

Kisah Kesultanan Sulu MEMAJAK SABAH Pada Malaysia

Pada 09hb (kelmarin) YM Datu Albi Ahmad Julkarnain (gambar) yang menjawat Pengerusi Rumah Bichara (Council of Regents) Sultanate of Sulu dan Pengerusi Majlis Datu Diraja Sulu (Council of Royal Datus) telah memaklumkan kepada penulis bahawa dokumen penting telah beliau emailkan seperti yang penulis minta beberapa minggu lalu.

Dokumen tersebut beliau dapat dari pejabat Gobernor Abdul Sakur Tan di Jolo, Sulu setelah pertemuan ringkas mereka. Isunya ialah berkenaan wang hasil Pajakan Sabah. Untuk menjelaskan hal ini penulis perlu memberitahu pada pembaca blog sekalian bahawa, penulis tidak bermaksud memaparkan dokumen ini kerana ingin menunjuk-nunjuk bukti terhadap Pajakan Sabah seingga menyebabkan rasa kurang senang rakyat dan kerajaan Malaysia.

Hal ini telah pun penulis singgung dalam buku "Tausug & Kesultanan Sulu" dalam bab Pajakan Sabah termasuk surat perjanjian yang turut disertakan. Pendirian penulis sama dengan apa yang tertulis dalam buku tersebut iaitu "Sabah tetap masih dalam PAJAKAN" yang sekarang selamat dalam tangan Malaysia. Tausug lebih suka Sabah berada dalam tangan Malaysia berbanding jatuh ke tangan Filipina. Itulah pendirian penulis hingga saat ini.

 
KEKELIRUAN TERHADAP "WANG PAJAKAN SABAH"

Berikut adalah penjelasan penulis yang mungkin boleh diambil sebagai maklumat penting kepada Kerajaan Malaysia. Dokumen ini terpaksa didedahkan di blog ini kerana penulis menganggap bukanlah satu rahsia. Sahabat-sahabat wartawan di Kuala Lumpur bolehlah menyimpan dalam arkib mereka. Banyak lagi dokumen lain yang ada di tangan penulis dan YM Datu Albi salah satunya ialah dokumen ini.

Terdapat kekeliruan yang perlu diperjelaskan berkenaan "Pajakan Sabah" iaitu,
Benarkah Sabah Kesultanan Sulu yang punya? Manakala Malaysia hanya memajaknya? Apa buktinya?
Kiranya benar masih tetap Pajak, kepada siapa Malaysia membayar sewanya? Kepada Kesultanan Sulu atau kepada "waris" Kesultanan Sulu?
Kalau sewa dibayar kepada waris siapakah waris tersebut?

Penjelasan,
Benarkah Sabah Kesultanan Sulu yang punya? Jawapannya ada dalam buku penulis "Tausug & Kesultanan Sulu". Segala bukti ada di sana termasuk salinan surat perjanjian 1878. Rasanya penulis tidak akan menjawapnya di ruangan blog ini.

Bukti pembayaran pajakan ada dalam web site Sultan Fuad di www.royalsulu.com. Membuktikan pembayaran pajakan Sabah oleh Kerajaan Malaysia masih berterusan. Di sini penulis ada beberapa persoalan yang perlu dijawap, persoalan ini rangkanya ada dalam buku "Tausug",
Benarkah "Wang Pajakan" itu dianggap "Pampasan" bukannya sebagai wang sewa?
Sekiranya Peguam Negara Malaysia mengatakan "Pampasan" mengapa dibayar setiap tahun? Sedangkan pampasan ialah dibayar sekali sahaja (Lum-Sum) bukannya dibayar setiap tahun. Dan kalau juga dianggap sebagai "Pampasan" kemungkinan akibatnya adalah besar kerana terdapat laporan Sultan Muhammad Jamalul Alam menyebutnya "sewa" bukannya "pampasan" (ruj: Tausug & Kesultanan Sulu dalam bab Sebelum dan Selepas Pajakan North Borneo).

Istilah "pampasan" tidak boleh diletak oleh kerajaan Malaysia terhadap Pajakan Sabah. Ianya tidak tepat sama sekali. Kecualilah ianya dianggap sebagai "Pampasan" kepada keluarga Sultan Jamalul Alam untuk mereka "menutup mulut".

Penulis berkeyakinan bahawa Malaysia menurut sahaja "maksud" sebenar Hakim Makaskie pada 1939 iaitu "menutup mulut" keluarga Sultan Muhammad Jamalul Kiram II dari menuntut North Borneo ketika itu. Sekiranya kita perhalusi adalah benar ianya bermaksud "pampasan" bukannya wang sewa seperti yang dimaksudkan dalam perjanjian Pajakan 1878. Nampaknya yang memulakan "pengalihan maksud" sebenar pajakan ialah Hakim Makaskie sendiri.

Mengapa ianya bermaksud "pampasan"? Penjelasannya amatlah mudah iaitu Pampasan dan Pajakan (sewa) mempunyai konotasi yang berbeza. Perbezaannya ada dalam istilah "Kesultanan Sulu" dan "Waris Sultan Sulu". Pajakan North Borneo telah ditandatangani oleh Sultan Muhammad Jamalul Alam dengan Alfred Dent de Over Beck iaitu antara "penyewa tanah" dan pemiliknya "Sultanate of Sulu" (Kerajaan Sulu) yang diwakili Sultan ketika itu. Inilah yang dikatakan Pajakan.


Tetapi adalah berbeza sekiranya yang diberi hak menyambung penerimaan wang "Pajakan" itu ialah individu (9 waris Sultan) bukan lagi Kerajaan Sulu. Diulang sekali lagi BUKAN LAGI KERAJAAN SULU. Maka tidak sesuai lagi diletak dengan istilah "pajakan" maka istilah yang lebih sesuai adalah "pampasan". Nampaknya Malaysia benar dalam meletak istilah "pampasan" kepada penerima wang keluarga Kiram tersebut. Namun ianya masih keliru, kerana tiada istilah "pampasan" yang dibayar setiap tahun atau bulan kecuali dengan nama "sewa".

Pampasan membawa maksud "pemutusan perjanjian dengan bayaran tertentu sekali bayar" bukannya "berkali-kali bayar". Seorang pekerja yang diberi tawaran berhenti kerja oleh majikannya telah bersetuju untuk berhenti kerja dengan bayaran tertentu secara "lum-sum" yakni sekali bayar sahaja.


KENYATAAN YANG BENAR

Sebenarnya Malaysia "boleh" tidak membayar sekiranya ia melibatkan "Kesultanan Sulu". Kesultanan Sulu atau "Sultanate of Sulu" bermaksud Kerajaan Sulu yang terdiri dari rakyat jelata dan pemimpinnya iaitu Sultan. Ikatan ini disebut "Sultanate of Sulu". Ia tidak perlu dibayar kerana Kerajaan Sulu sudah hilang maka secara semula jadi "pajakan" juga hilang.

Oleh kerana konteks Hakim Makaskie ialah "Waris Sultan" lantaran pampasan telah diberi kepada waris-waris Sultan Muhammad Jamalul Kiram II bukannya kepada Kerajaan Sulu sendiri, maka kerajaan Malaysia juga "wajib" meneruskan pembayaran "pampasan" oleh Hakim Makaskie kepada waris tersebut. Adalah kerana telah diputuskan oleh mahkamah British di North Borneo ketika itu. Sebarang kegagalan Malaysia membayarnya akan mengakibatkan 9 waris Sultan Sulu itu mendakwa Kerajaan Malaysia di Mahkamah pada bila-bila masa.

Berkenaan hal ini YM Datu Albi Ahmad Julkarnain mempunyai pandangannya sendiri dari sudut Majlis Datu Diraja Sulu (Council of Royal Datus). Sebulan yang lalu beliau telah dipanggil oleh Gobernor Abdul Sakur Tan ke pejabatnya di Jolo, Sulu kerana ada berita menarik yang perlu disampaikan. Sesampai di pejabat tersebut Abdul Sakur telah menunjukkan kepada Datu Albi dua helai surat yang beliau dakwa "surat kepada kerajaan Malaysia menuntut naikkan harga bayaran sewa Pajakan Sabah". Beliau juga mendakwa baru balik dari North Borneo berbincang dengan wakil kerajaan Malaysia.

YM Datu Albi terkejut lalu bertanya siapa yang arahkan Abdul Sakur buat surat itu dan pergi jumpa kerajaan Malaysia? Abdul Sakur memberi tahu bahawa yang suruh beliau ialah Sultan Esmail Kiram II bin Datu Punjungan. Datu Albi dengan nada kecewa berkata,

"Siapa Esmail? Wakil kepada 9 waris keluarga kiram? Adakah mereka fikir mereka sahaja "waris Sultan Sulu" manakala beribu-ribu waris Sultan yang lain tidak? Kami dari Majlis Para Datu menentang pembayaran Malaysia terhadap 9 Waris ini. Mana mungkin waris sultan hanya 9 orang? Mereka ini penjual negara, jangankan negara yang mereka tidak jual, tanah kubur tempat ayahanda mereka bersemadi pun mereka mahu jual."

YM Datu Albi berkata kepada penulis bahawa Esmail Kiram telah diarahkan oleh Kerajaan Filipina mengugut Malaysia untuk menambahkan bayaran wang pajakan Sabah. Fuad dan Esmail menurut Datu Albi tidak mungkin berjuang untuk rakyat bangsa, negara dan agama tercinta bersama Tausug, kecuali mahukan habuan wang dan kesenangan hidup sahaja.

Berkenaan hal ini YM Datu Albi berhajat ke Kuala Lumpur untuk lawatan silaturrahim bertemu sahabat-sahabat beliau kemudian beliau kemungkinan ke Sandakan untuk melawat keluarganya yang ramai terutama di Sandakan. Datu Albi memaklumkan bahawa ayahanda beliau sebenarnya dilahirkan di Sandakan.

Rombongan Bersenjata Raja Sulu Ceroboh Lahad Datu



KOTA KINABALU – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.

Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

“Kita telah hantar pasukan untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, Khamis.

Ismail berkata kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi.

Beliau berharap anggota kumpulan berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut seperti yang dilakukan itu.


“Kita lihat perbincangan dalam keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal 
dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata pihaknya mengganggarkan kumpulan itu melebihi 100 orang dan tidak menolak kemungkinan mereka bersenjata, namun demikian polis mengambil pendekatan ‘berhati-hati’ bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Setakat ini keadaan tidak tegang dan mereka kelihatan berkelakuan baik. Kita percaya kumpulan itu mempunyai sahabat di kampung itu tetapi tidak mempunyai rumah di situ. Mereka pergi duduk di surau dan menumpang rumah-rumah di kampung,” katanya sambil menambah kumpulan itu tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana kumpulan militan di Filipina.

Pada peringkat ini, katanya, rundingan sedang berjalan dan beliau menasihati penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin.

Beliau turut memberi jaminan bahawa keadaan adalah baik serta selamat dan polis Sabah akan melakukan yang terbaik untuk menangani kemelut itu segera.

Katanya kumpulan itu difahamkan menggunakan bot pancung dan pihaknya akan menyiasat bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini. – BERNAMA

Nak Séksi Atau Buka Tudung Hak Saya-Siti Fazurina



Sembilan bulan lepas, Siti Fazurina pernah menyatakan dia enggan membuka tudungnya jika menerima tawaran berlakon tanpa tudung, Itu dulu. Ketika majlis perkahwinannya baru-baru ini, Fazurina dilihat membuka tudungnya untuk berada di atas pelamin. Penampilannya tidak bertudung dikecam hebat oleh banyak pihak terutama peminatnya. Namun begitu, Fazurina mempunyai penjelasannya sendiri. Menurutnya

Baca: 

Siti Fazurina Perlu Di Nikahkan Semula,Perkahwinan Tidak Sah


Kalau boleh saya tak nak isu ini diperbesarkan. Memang saya pakai turban ketika itu dan saya dah rancang nak pakai turban dari awal lagi untuk majlis resepsi.
Cuma di saat-saat akhir saya mengambil keputusan untuk menampakkan sebahagian ‘fringe’ saya. Mengenai baju pula, saya memang nak pakai baju itu dan kalau diikutkan, dari jauh baju itu memang tak nampak jarang.
Saya agak rimas bila isu ini diperbesarkan. Jika ada pihak yang nak mencari kesalahan saya, saya tak kisah kerana bagi saya, kesilapan saya, Allah yang nilai, bukannya manusia. Jika saya nak seksi, itu hak saya-mediamalaya

12.2.13

Video Najib Dimalukan Di Konsert PSY


Apabila Najib melaungkan.. "Are you ready for Psy??"

Jawab yang hadir.."READY!!!"

Najib ulang sekali lagi... "Are you ready for Psy??"

Sekali lagi jawapannya dari yang hadir.."READY!!!"

Tapi bila Najib laung " ARE YOU READY FOR BN??..

Malang sungguh buat Najib bila hadirin menyahutnya dengan "NOOOOOOOOOOOO!!!!!"

11.2.13

Video Nazmi Faiz Cium Awek Baru Tersebar


Belum pun berapa reda dengan kontroversi yang melibatkan bekas kekasihnya Tengku Fiella bersama Aidil Zafuan, kini tersebar pula video Nazmi Faiz bersama seorang gadis yang dikaitkan dengan kepulangannya ke Malaysia.


Nazmi telah kembali ke Malaysia dan dikatakan akan bermain untuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan bukan lagi dengan pasukan Portugal, S.C. Beira Mar.

Nazmi ditemui keluar makan bersama gadis tersebut sekitar jam 1 petang, pada Sabtu lalu, 9 Febuari.

Pasti ramai yang menyedari kehadiran Nazmi di restoran itu kerana dia seorang public figure. Namun tanpa menghiraukan banyak mata yang memandang, Nazmi dan pasangan dilihat tanpa segan silu bermesra dihadapan orang ramai.

Besar kemungkinan gadis tersebut adalah kekasih baru Nazmi Faiz.

Diatas merupakan rakaman video aksi mesra Nazmi bersama gadis tersebut di sebuah kedai makan.

Video telah dikirim oleh seorang pembaca yang sempat merakam aksi pasangan ini tanpa disedari.-Rotikaya

Agnes Monica Tayang Dada Di Karpet Merah Los Angeles



Agnes Monica Tayang Dada Di Karpet Merah Los Angeles

Wow! Artis-artis Indonesia ini memang bjak membawa diri mereka. Terbaru, Detikhot melaporkan Agnes Monica telah muncul di pentas Grammy Week di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Grammy week merupakan pentas pemanas sebelum acara utama Grammy Award yang akan diadakan pada 10 Februari 2013. Berbagai acara diadakan sepanjang minggu tersebut.
Agnes Monica pula muncul bersama Tambaland. Ia akan membawa lagunya "Show A Little Lova". Menurutnya lagi,, Justin Timberlake, Avici dan beberapa lagi penyanyi bertaraf dunia akan beraksi pada acara yang sama dengan Agnes.

Pelantun 'Cinta Gila' telah menulis perkhabaran tersebut di twitternya. Peminatnya kemudian membalas, "The 1st Indonesian ever! Agnes Monica for the GRAMMY Week. RT if you support!❤ #TimboAgnezMeechie #ShowALittleLove cc: @creativedisc," tulis akun fans Agnes @AgnesMonicaZone.

Turut dimuat naik beberapa keping gambarnya bersama beberapa artis di sana.

The largest mass extinction in history of Earth. Have you any clue about it?

Agnes muncul di karpet merah Grammy Week dengan gayanya lincah seksi. Beliau hanya mengenaan seluar jenas pendek dan juga vest pendek batik.

Timbaland sendiri juga sempat berkicau berkenaan persembahaannya dengan Agnes. 2nite me @agnezmo & @LOVEDEMETRIUS going to shut it down. #mPoweringAction with @UNFoundation #timboagnezmeechie," tulis Timbaland.

10.2.13

Kumpulan Rock Muslimah India Diancam Rogól Bunuh


Kewujudan kumpulan rock bercirikan penampilan muslimah sememangnya akan memberi impak negatif kepada dunia hiburan masa kini terutamanya dalam kelompok masyarakatnya yang menganut agama Islam..Nak tahu kenapa, meh baca kat bawah ni.
New Delhi: Sebuah kumpulan rock yang seluruh ahlinya terdiri daripada wanita Islam membatalkan pertunjukannya di Kashmir setelah menerima ancaman rogol dan bunuh. Ancaman itu antara lain disampaikan melalui Facebook. 

'Pragaash', nama kumpulan ini, terkenal setelah menerima banyak penghargaan pada usianya yang baru berumur setahun jagung. Namun sejak itu mereka juga menjadi sasaran serangan pihak ekstremis.. Ancaman yang dilontarkan di Facebook telah dilakukan berkali-kali oleh sejumlah orang yang besar. 
Pengancam itu mengatakan ia tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli Pragaash yang memabawa maksud 'cahaya', selain mereka patut diperkosa dan direjam di sungai. 

Di halaman Facebook Kashmir News, ancaman juga turut dilontarkan. Dengan mempamerkan gambar kumpulan itu, pengancam menulis, "Secara peribadi, saya menganggap mereka sebagai anak yang tidak tahu malu." 

Anggota band, Farah Deeba (gitaris), Aneeka Khalid (vokalis), dan Noma Nazir (gitaris) menolak untuk membicarakan masalah ini. Namun mereka dikhabarkan sangat terancam dengan ancaman tersebut. Kini mereka bersembunyi di sebuah tempat di New Delhi. 
"Mereka kecewa. Mereka menangis, tetapi aku cuba meyakinkan mereka untuk terus bergiat aktif" kata Adnan Mattoo, pemilik Band Inn, sebuah akademi muzik yang melahirkan kumpulan ini. "Mereka hanya lah anak remaja 15 tahun yang masih terlalu muda untuk menghadapi ancaman seperti itu.

Menteri Besar Jammu dan Kashmir, Omah Abdullah, menyatakan sokongannya terhadap kumpulan muzik ini. Ia berharap "segelintir orang bodoh tidak akan mencengkam minat mereka". 

"Memalukan, mereka menggunakan kebebasan berbicara melalui media sosial dan kemudian menggunakan kebebasan itu untuk mengancam anak perempuan yang memiliki hak untuk bernyanyi," kata Omah.

7.2.13

Edika Yusof Akan Terus Botak Selagi Isteri Tak Sembuh


Barangkali anda kurang mengenali siapa Edika Yusof. Pelakon era-90 an mula dikenali menerusi filem antaranya Maria Mariana, XX-Ray dan Awas selain pernah aktif dalam dunia peragaan suatu ketika dahulu.

Lama tidak mendengar khabar berita namun baru-baru ini Edika yang sudah berimej botak berkongsi kehidupannya selepas sudah 15 tahun menyepi daripada dunia seni.

Bercakap kepada mStar online, beliau mempunyai sebab untuk berimej botak gara-gara isterinya Norhidayah Yusri mengalami lumpuh separuh badan akibat menghidap demam panas.

Edika telah bernazar selagi isterinya itu tidak pulih daripada penyakit tersebut, dia tidak akan sesekali menyimpan rambut walaupun ia telah berlanjutan sejak tujuh tahun lalu.

“Isteri saya mengalami lumpuh dari bahagian badan sehingga ke bawah selepas melahirkan anak kedua kami. Akibat penyakit itu, dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak dan sayalah yang menjaganya selama ini,” katanya yang banyak melakukan kerja-kerja grafik dan percetakan selepas tidak lagi aktif berlakon.

Pelakon berusia 45 tahun itu memberitahu dia kini bahagia. Tambahan sejak berkahwin 10 tahun lalu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Fardeen Nurulhaq, 9, dan Fareena Nurulhaq, 8, serta seorang anak angkat Nazirul Afiq yang berusia 14 tahun.

Malah dia juga berhasrat untuk kembali aktif dalam dunia seni sekiranya terdapat mana-mana tawaran yang bersesuaian dengannya.