Showing posts with label Gossip/Berita Artis Today. Show all posts
Showing posts with label Gossip/Berita Artis Today. Show all posts

23.3.13

Video Reaksi Orang Terkaya Sarawak Isu Global Witness Film


Video Reaksi Orang Terkaya Sarawak Isu Global Witness Film

Sarawak Chief Minister's response to the Global Witness' film "Inside Malaysia's Shadow State", dismissed it as being naughty, using their big power to blacken his name.
Distancing himself from the characters in the interview, he retorted: "Could it not be someone trying to promote themselves to become an agent to get favour from me? It is nothing to do with me, right? Right?"

Dada Nicki Minaj Terkeluar Ketika Shooting


Dada Nicki Minaj Terkeluar Ketika Shooting

Insiden memalukan ini kerap kali berlaku kepada penyanyi Nicki Minaj, kali ini berlaku pula ketika shooting klip videonya yang terbaru apabila secara tidak sengaja puting payudaranya terlihat akibat dari baju renang yang dipakainya terlalu kecil.

Nicki Minaj ketika ini sedang sibuk menyiapkan klip video untuk single terbarunya. Ketika penggambaran salah satu babak, Nicki dilihat memakai baju renang jenis one piece berwarna hijau terang .

Memang bukan Nicki Minaj kalau tidak tampil seksi. Di saat beliau timbul dari kolam renang tersebut, baju renang yang mempunyai belahan dada yang agak luas yang dipakainya itu tidak dapat menampung saiz payudaranya. 

Ini menyebabkan bahagian paling sensitifnya itu terkeluar dan menjadi sasaran lensa jurukamera yang ada di situ.

Gambar Comel Terkini Erra Dan Engku Aleesya


Gambar Comel Terkini Erra Dan Engku Aleesya
Posing terbaru Erra Fazira dan anaknya Engku Aleesya yang makin membesar dan comel. Apa yang menarik, Erra masih melakukan Body Fitness di Gym untuk mengekalkan bentuk tubuhnya yang mulus.





Lisa Surihani Dedah Gambar Waktu Kecil


Saling tak tumpah Lisa Surihani persis ibunya, Siti Amira Ahmad. Dari kecil lagi Lisa nampak ‘mesra kamera’. Ada sahaja keletahnya yang mencuit hati sesiapa yang melihat gambar Lisa sewaktu kecil.

Terdapat beberapa keping lagi gambar yang dikongsikan untuk tatapan peminat khas dari akaun instagram Lisa Surihani sendiri.-ROtiKaya








22.3.13

Impian Tak Tercapai,Najwa Tak Datang Ambil Keputusan SPM


Impian Tak Tercapai,Najwa Tak Datang Ambil Keputusan SPM
BATU PAHAT, 21 MAC 2013: Penyanyi remaja yang dikenali dengan lagu Cinta Muka Buku dan Kosong, Najwa Latiff telah memperoleh 4A daripada 10 mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Menerusi laporan Utusan Online hari ini, Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif yang merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat bagaimanapun tidak hadir untuk mengambil slip keputusan peperiksaannya.

Keputusan SPM Najwa diambil oleh kakaknya, Syafikah yang hadir seorang diri dengan membawa kad pengenalan adiknya sebagai bukti untuk mendapatkan keputusan tersebut.

Usaha sekumpulan wartawan media untuk menemubual kakak kepada penyanyi tersebut gagal apabila dia enggan melayan pihak media dan bergegas pulang sebaik menerima slip keputusan peperiksaan adiknya itu.

Najwa antara 192 pelajar sekolah tersebut yang mengambil peperiksaan SPM tahun lalu dan keputusannya diumumkan hari ini.

Penyanyi itu ketika menduduki SPM tahun lalu menyasarkan untuk mendapat 6A selepas berjaya memperoleh 5A dalam peperiksaan percubaan.

Video Aksi Anwar Dengan Mahasiswa Part1


Video Aksi Anwar Dengan Mahasiswa Part1

Menurut mahasiswa itu juga Anwar Ibrahim telah memberikan wang poket RM 300 selepas meliwat dengan kata kata "Ni duit belanja tampung pengajian U"

Mahasiswa tersebut yang pertama kali diliwat Anwar Ibrahim kini sudah bertaubat dan menginsafi perbuatan beliau dan mendalami ilmu agama hasil bantuan dari rakan rakan ilmuan agama. 
Kejadian liwat antara Mahasiswa ini sebenarnya bukan pertama kali berlaku kerana menurut mahasiswa tersebut ada rakan rakan nya juga pernah menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim dan ianya adalah kerana SUKA SAMA SUKA-Papa Gomo


VIDEO DIBAWAH (close ads first)


Gambar Neelofa Melawat Maktab Tempat Belajar Dulu


Bukan ramai individu yang menceburi dunia hiburan Malaysia mempunyai latar belakang pendidikan yang cemerlang. Salah seorang dari golongan yang sedikit ini ialah Noor Neelofa Mohd Nor yang bersekolah menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi. Beberapa hari lepas Neelofa telah bercuti ke Langkawi dan kesempatan ini diambil oleh beliau untuk melawat bekas sekolahnya itu.




Neelofa merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolahnya, berada di kelas terbaik dan telah mendapat keputusan 10A untuk pepeiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kesempatan untuk kembali ke MRSM Langkawi telah digunakan oleh Neelofa dengan sebaiknya untuk berjumpa staf-staf dan pelajar-pelajar sekolahnya.
Neelofa dikhabarkan oleh rakan-rakan dan staf sekolah MRSM Langkawi sebagai seorang yang disenangi guru dan rakan sekolahnya kerana sikapnya yang berbudi bahasa dan menghormati orang lain.
Bagaimana dengan mereka yang mendapat keputusan SPM semalam? Kami yakin ramai juga yang mendapat keputusan sebaik Neelofa.

Semestinya keputusan yang cemerlang akan dapat mencorakkan masa depan individu dan membuka lebih banyak peluang untuk memilih jalan kejayaan yang diredhai-Nya.
Kalau ada pembaca BN yang mendapat keputusan SPM semalam dan hari ini, boleh juga kalau ingin berkongsi kejayaan anda dengan kami di ruangan komen. Kredit gambar Instagram Noor Neelofa-Beatiful Nara 

10 Gambar Shila Amzah Di Mekah



Pada 12 Mac lalu, penyanyi yang terkenal menerusi lagu “Patah Seribu,” Shila Amzah difahamkan telah berangkat ke tanah suci Mekah, bagi menunaikan ibadah umrah bersamaa ahli keluarganya.

Sepanjang berada di tanah suci, penyanyi ini telah sempat merakamkan beberapa foto kenangannya bersama ahli keluarga tercinta dan foto-foto tersebut turut dikongsikan menerusi laman Instagram-nya untuk dikongsikan bersama peminat-peminat di Malaysia.

Menerusi salah satu foto yang dipaparkan, Shila kelihatan kurang sihat kerana mengalami sedikit masalah selsema dan berita tersebut turut disampaikan oleh ibu Shila menerusi laman Twitter-nya kelmarin.











21.3.13

Payslip Jelmaan XPDC Bawah Umur


Payslip Jelmaan XPDC Bawah Umur

Kecil-kecil cili padi! Begitulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan kumpulan PAYSLIP yang membariskan remaja lingkungan umur belasan tahun ini.


Dianggotai oleh 4 orang anak muda, PAYSLIP merupakan gabungan dua beradik Mohd Asrul Najmi (16 tahun) sebagai pemain bass dan Mohd Hakimi (15 tahun) sebagai vokalis, bersama dua remaja lagi yang berlatarbelakangkan kumpulan rock lagenda XPDC, iaitu Nik Mohd Arif (16 tahun) sebagai pemain gitar, dan Syazwan (15 tahun) sebagai pemain drum.

Hasil daripada darah seni yang mengalir dalam tubuh anak-anak muda ini, mereka mengikut jejak langkah ahli keluarga yang turut meminati muzik sejak kecil lagi. Mohd Asrul Najmi dan Mohd Hakimi yang telah berjinak dengan aliran muzik sejak berumur 10 tahun ini mulanya telah membentuk kumpulan dengan dianggotai oleh ahli keluarga mereka. Mereka kemudiannya diketemukan dengan Nik Mohd Arif (anak kepada pemain gitar XPDC, Izo) dan Syazwan (anak kepada pengurus XPDC, Yazid) menerusi pertandingan antara band yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2011 yang lalu.

Bak kata orang, “Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu”. Walaupun usia yang terlalu muda tidak melayakkan mereka untuk menyertai pertandingan itu, hal ini tidak menghalang PAYSLIP untuk turut beraksi di pentas persembahan. Penganjur yang menyedari bakat mereka telah menjemput PAYSLIP untuk membuat persembahan sebagai artis pembukaan pada acara kemuncak pertandingan itu. Kehebatan mereka begitu ketara apabila PAYSLIP berjaya menonjol daripada barisan peserta pertandingan, lantas memukau penonton dengan persembahan mereka yang kemas dan bertenaga.





Bakat mereka turut membuka mata salah sebuah stesen televisyen tempatan yang menjemput mereka untuk menyertai program “Jamming”. PAYSLIP sekali lagi ‘menyengat’ apabila menjuarai program ini. Bertitik tolak daripada sini, PAYSLIP mula mendapat perhatian jabatan-jabatan kerajaan yang kini menjadikan PAYSLIP sebagai sebuah band wajib untuk membuat persembahan di majlis anjuran mereka.

PAYSLIP bukanlah sebuah kumpulan yang baru dikenali oleh Warner Music Malaysia. Kedua pihak ini telah mula bekerjasama sejak pertengahan tahun yang lalu, apabila PAYSLIP dijemput untuk menjayakan projek kerjasama bersama Astro, “Tribute to Sudirman”. Melalui projek ini, PAYSLIP menyanyikan lagu Allahyarham Sudirman yang bertajuk “Joget Kenangan Manis”.

Nak Tayang Badan Seksi Adalah Hak Saya-Rozita Che Wan


Nak Tayang Badan Seksi Adalah Hak Saya-Rozita Che Wan

KECANTIKAN dimiliki aktres terkenal, Rozita Che Wan, tidak perlu dipertikaikan lagi.
Meskipun usianya sudah mencecah 40 tahun, wajah dan susuk badannya setanding anak dara di luar sana.

Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, pengacara Primadona ini dilihat semakin berani tampil dengan pakaian dan imej yang terlalu seksi.
Menerusi laman Instagram kekasihnya, Zain Saidin, ibu kepada dua anak ini dikritik hebat berikutan gambar yang dimuat naik agak keterlaluan.
Mengenakan skirt pendek berwarna biru sehingga menampakkan sebahagian pahanya, aksinya yang manja bersama aktor Oh My English itu turut menjadi bualan.
Malah, penampilan dan aksi mesra mereka dalam majalah Media Hiburan baru-baru ini turut mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.
Tidak mudah melatah, aktres yang mesra disapa Che Ta ini tampil mempertahankan dirinya. Enggan mengambil pusing setiap pandangan mahupun kritikan yang diterima, Che ta berkata, itu adalah hak masing-masing.
"Saya tahu macam-macam orang kata tentang saya. Umur dah meningkat tapi masih nak seksi dan tak sedar diri.
"Apa pun yang mereka cakap, saya tak kisah. Saya nak buat apa pun, itu hak saya," kata Rozita kepada Zass, semalam.

Che Ta juga sempat berpesan agar masyarakat jangan terlalu menjaga 'tepi kainnya'.
Ditanya mengenai hari bahagianya bersama Zain, Che Ta berkata, dia bakal mengadakan sidang media untuk menjelaskan perkara itu nanti.

"Tunggu sajalah. Saya risau kalau asyik bercakap soal ini (kahwin), nanti timbul salah faham pula," katanya.
Beralih mengenai perkembangan seninya, Che Ta kini sibuk membuat persiapan untuk menyertai pertandingan MasterChef Selebriti musim kedua.
"Sekarang ni tengah stres memikirkan masakan yang perlu dimasak dalam rancangan ini nanti. Apa pun saya mengharapkan semuanya berjalan dengan baik nanti," katanya.-Sinar

20.3.13

Video Saat Julia Perez Dipaksa Masuk Penjara


Video Saat Julia Perez Ditangkap Masuk Penjara

JAKARTA: Penyanyi dangdut dan pelakon Julia Perez pada Selasa menjalani hukuman penjara tiga bulan di Penjara Pondok Bambu di sini kerana kesalahan mencederakan rakan artis, Dewi Persik.

Artis seksi yang popular dengan nama Jupe itu dilihat mengenakan pendakap leher ketika dibawa ke penjara itu tengah hari ini dari Pejabat Pendakwa Raya Daerah Jakarta Timur, di mana beliau ditempatkan sementara sejak malam tadi.

Jupe atau nama sebenarnya Yuli Rahmawati, dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya dari kediamannya di kawasan perumahan Raffles Hills Cluster Spring, Cibubur, Jakarta Timur, malam tadi.

Artis kontroversi itu sebelum ini dua kali gagal menyerah diri ke pejabat itu pada 14 Feb dan 25 Feb lalu untuk menjalani hukumannya.

Jupe dihukum penjara tiga bulan oleh mahkamah selepas didapati bersalah mencederakan penyanyi dangdut Dewi Persik (nama popular Depe) di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada 2010.

Perbuatan itu dilakukan ketika mereka berdua sedang melakonkan satu adegan pergaduhan dalam filem seram itu.

Dewi Persik yang turut dijatuhkan hukuman penjara dua bulan oleh mahkamah kerana terlibat dalam pergaduhan itu, belum lagi menjalani hukumannya.- Bernama