Showing posts with label Berita Filem/tv Hari ni. Show all posts
Showing posts with label Berita Filem/tv Hari ni. Show all posts

19.8.12

Review Filem Hantu Gangster




BANYAK aspek mengenai filem kedua juga terbaru arahan Namewee berjudul Hantu Gangster ini yang boleh dipuji.

Tampil dengan genre komedi, aksi dan seram, filem ini lebih baik daripada filem sulung, Nasi Lemak 2.0 yang ditayangkan pada tahun lepas.

Sentuhan Namewee pada sudut penceritaan dan teknikal jauh lebih kemas, kompak dan teliti.




Biarpun elemen komedi ala filem Hong Kong itu masih tebal membayangi stail jenaka dalam naskhah ini, ia dipersembahkan pada momentum dan ‘rasa’ yang bersesuaian.

Dalam konteks seni, pendekatan dan keberanian Namewee dalam filem ini mampu menyuntik suasana dan bahasa filem yang bersahaja, bebas dan kontemporari.

Apabila melihat pada judul dan isu gengsterisme yang diketengahkan, tentu sekali persepsi negatif yang pernah dikaitkan dengan Namewee sebelum ini kembali diperkatakan.

Bagaimanapun, judul dan isu tersebut hanya metafor yang dilapiskan dengan mesej perpaduan dan nilai-nilai moral.

Benar, isu perpaduan dan kesatuan kaum bukan benda baru dalam konteks filem kita tetapi setidak-tidaknya perjuangan Namewee wajar dipuji.

Diperkuatkan pula dengan persembahan lakonan yang baik daripada barisan pelakon, perjalanan Hantu Gangster dilihat baik dan lancar sepanjang 1 jam setengah menonton.

Secara peribadi, aksi Diana Danielle sebagai Jameela, Farid Kamil (Ewan), Tee Jing Chen (Chee Meng) dan Abu Bakar Siddiq (Seelan) memikat hati saya.




Kredibiliti Datuk Jalaluddin Hassan sebagai ketua gengster Bang Nasir dan Datuk David Arumugam (Arulkumar) pula tidak perlu dipertikaikan lagi.

Yang manis apabila aksi penyanyi Mizz Nina dan Noh Hujan sebagai pasangan suami isteri di era 60-an meninggalkan impak walaupun hanya sebagai penampilan khas.

Seperkara lagi yang menyenangkan adalah jenaka yang diketengahkan. Komedi yang ringkas, moden dan berkesan itu disampaikan dengan baik hampir kesemua pelakon.

Mungkin ada ketikanya, beberapa percubaan komedi itu dirasakan klise dan kurang menjadi, tetapi ia masih boleh diterima.

Landskap bandar Klang yang ‘gelap’, suram dan ‘kasar’ yang melatari plot filem ini ternyata pemilihan bijak. Ia berjaya menjelmakan visual dan suasana gengsterisme yang cantik di depan layar.

Bukan mahu mengaitkan bandar itu dengan imej negatif tetapi kesesuaian panorama di situ ternyata efektif pada visual, seperti yang diperakui pengarahnya.


FILEM: Hantu Gangster

ARAHAN: Namewee

LAKONAN: Namewee, Diana Danielle, Farid Kamil, Datuk Jalaludin Hassan, Datuk David Arumugam

GENRE: Komedi, aksi, seram

DURASI: 1 jam 30 minit

EDARAN: Ram Entertainment

TAYANGAN: Bermula 9 Ogos 2012


Hantu Gangster berkisar mengenai penyangak bernama Te Sai lakonan Namewee yang secara tidak sengaja tercuri sebentuk cincin semasa majlis pengebumian satu kumpulan gengster.

Ekoran kejadian itu, tiga hantu yang merupakan bekas-bekas ketua gengster tersebut iaitu Bang Nasir (Jalaluddin Hassan), Uncle Hua (Charlie Loke) dan Arulkumar (David Arumugam) mula mengganggu Te Sai.

Maka, terbongkarlah cerita bahawa ketiga-tiga hantu ketua gengster itu rupanya dibunuh oleh pembelot bernama Ewan (Farid Kamil).

Bermulalah misi ketiga-tiga hantu itu untuk menarik perhatian Te Sai supaya dapat membantu anak-anak mereka daripada kejadian yang boleh memecahbelahkan kumpulan tersebut.

Ketiga-tiga kumpulan berbilang kaum yang selama ini bersatu padu mula berkomplot dan mempunyai agenda tersendiri kerana agenda jahat Ewan. 

20.6.12

Juvana The Movie 2012



Seperti yang korang tau, Drama Juvana yang iditayangkan di TV3 dulu memang menjadi suatu fenomena. Korang pun mesti tau yang file Juvana The Movie akan dikeluarkan dalam tahun ini. So, kali ni aku nak share dengan korang sinopsis dan profile watak-watak dalam filem ni. Layan je la..

Trailer..


Profil Watak & Sinopsis Filem
















p/s : Bagi yang minat cerita ni, boleh la nantikan kemunculannya di pawagam.. 

Sumber :  akustressgiler

27.4.12

Avengers 2012 (review)


PERMULAAN filem berdurasi 143 minit ini agak perlahan, lapis demi lapis dikupas dan diolah dengan cara dramatik namun realistik. Itu sedikit sebanyak gambaran filem The Avengers yang diadaptasi daripada komik adiwira terlaris keluaran Marvel Inc., The Avengers yang diterbitkan sejak tahun 1963.

The Avengers menggabungkan adiwira Captain America, Thor, Iron Man, The Hulk, Hawkeye dan Black Widow menentang peperangan yang dicetuskan oleh Loki. Hal ini mendorong Nick Fury, pengarah agensi keamanan sejagat (S.H.I.E.L.D) untuk mengumpulkan kesemua adiwira berkenaan.

Jika sebelum ini, Iron Man dan sekuelnya, Iron Man 2 berjaya mencatatkan kutipan pecah panggung dan pada tahun lalu Thor dan sebuah lagi naskhah adaptasi karakter komik Marvel, Captain America: The First Avenger menghasilkan pencapaian yang sama, namun mampukah ia turut dicapai The Avengers?

Para pendukung karakter-karakter adiwira The Avengers berkongsi pandangan sedikit sebanyak tentang kisah menarik sepanjang pembikinan filem yang diarahkan oleh Joss Whedon itu.

Kafein buat Downey Jr.

Mula memainkan peranan Tony Stark dalam filem Iron Man pada tahun 2008, nama Robert Downey Jr. semakin diingati.

“Sejak lima tahun lalu apabila pertama kali Iron Man dibikin sehingga ke hari ini kami sentiasa mendapat respons positif. Kesemua tiga francais yang dilancarkan sebelum ini berjalan lancar. Jika produksi terbaharu ini (The Avengers) tidak menjadi, pastinya akan menjejaskan hasil selepas ini,” katanya menerusi sedutan temu bual yang dibekalkan kepada Kosmo! oleh syarikat produksi The Avengers, Paramount Pictures.

Bagaimanapun satu fakta yang menarik, Downey Jr. sebenarnya seorang aktor yang sentiasa bergantung pada kopi untuk terus bermain dan mencorakkan karakter Iron Man.

“Sudah tiga kali saya memainkan watak adiwira. Penat tetapi, peranan itu sentiasa menarik minat saya untuk lebih bereksperimentasi. Saya dapati kafein membantu saya untuk terus beraksi, bukanlah banyak mana pun cuma sekadar kuantiti yang mencukupi.

“Saya sebenarnya bimbang sepanjang melalui penggambaran filem ini, sama ada ia akan berjaya atau tidak. Tapi percayalah filem ini merupakan naskhah hebat!” luah pelakon berusia 47 tahun itu.

PENGARAH The Avengers, Joss Whedon (dua dari kiri) banyak berbincang dengan para pelakonnya di set penggambaran untuk merealisasikan watak secara realistik.


Sosok tubuh idaman Johansson

Bagi Mark Ruffalo yang membawakan watak Bruce Bannner atau The Hulk, perasaannya terlibat dalam The Avengers sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Saya pernah terfikir untuk melakonkan watak Hulk sendirian dalam sebuah filem tapi bergantung juga pada pihak Marvel dan selera peminat. Terbabit dalam filem ini sangat mengujakan! Pelbagai pengalaman luar biasa dapat saya kaut dan rasanya seperti bermain dengan pasukan bola sepak All-Star NFL (National Football League),” ujarnya.

Berbeza pula perasaan teruja bagi pelakon Scarlett Johansson yang merealisasikan karakter Natasha Romanoff atau Black Widow iaitu seorang pengintip wanita yang licik.

Akuinya, dia mempunyai masalah untuk mendapatkan sosok badan ideal bagi seorang wanita, namun peranannya dalam The Avengers berjaya memberikannya sosok badan yang diidamkannya itu.

“Setiap wanita pasti bimbang akan masalah ini dan saya tidak terkecuali. Tapi hasil daripada meluangkan masa di gimnasium, saya dapat memakai sut kulit yang diberikan untuk watak Black Widow,” tuturnya.

Hemsworth separa dewa

Thor, watak separa dewa yang membenarkan pendukungnya, Chris Hemsworth berasa lebih teruja. Dia mengakui sangat teruja saat ditawarkan watak yang menggabungkan semua adiwira dalam satu filem.

Malah Chris Evans juga turut merasakan perkara yang sama. Chris sebelum ini pernah melakonkan watak yang sama iaitu Captain America dan adiwira Johnny Storm dalam siri filem Fantastic Four.

KARAKTER filem The Avengers menampilkan barisan karakter yang terdiri daripada (dari kiri) Iron Man, Black Widow, Thor, Captain America, Nick Fury, Hawkeye dan Hulk.


Namun Hemsworth dan Evans juga berkongsi sikap yang sama iaitu tidak serius ketika mula-mula berasa di set penggambaran The Avengers.

“Sebelum saya dibenarkan melihat Hemsworth dan Downey Jr. memakai sut lengkap adiwira masing-masing, saya menyelinap pada waktu malam semata-mata untuk menyaksikan sendiri sut itu di depan mata. Perangai saya itu tak tumpah seperti seorang kanak-kanak!” akui Evans.

Namun Evans dan Hermsworth mula serius apabila Downey Jr. menegur sikap mereka itu. Kata Robert: “Kamu semua pelakon profesional! Serius sedikit.”

Ungkap pula Hemsworth: “Sejak daripada kejadian itu kami lebih terkawal. Pada masa yang sama saya dan Chris akan memantau diri satu sama lain.

Dalam perkembangan lain, filem Iron Man 3 kini sudah memulakan penggambaran manakala Thor 2 dalam peringkat praproduksi untuk penggambarannya tidak lama lagi. Malah, Evans juga sudah bersedia sekiranya projek Captain America 2 dilancarkan di masa depa



Link Download (Rar Pass : syokdownload.com)

20.3.12

Jidin Sengal (2012) AVi


DOWNLOAD SINI
SEIMBAS dengar pada judulnya, tentu ramai yang menjangkakan filem Jidin Sengal ini adalah jenis komedi spastik atau lawak murah yang acap kali digunapakai dalam kebanyakan filem komedi tempatan.

Tetapi jangan lekas jatuhkan hukum kerana setiap filem komedi itu, jika kena cara penghasilannya berupaya menjadi jenaka yang boleh diterima dan menghiburkan.

Ambil sahaja contoh filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen iaitu Bujang Telajak, Belum Terlanjur yang ditayangkan pada 19 Januari.




DOWNLOAD SINI
FILEM: Jidin Sengal

ARAHAN: Esmi Zahara Yusof

LAKONAN: Along (Raja Lawak), Angah (Raja Lawak), Jue Aziz, Faezah Elai, Azrul (Raja Lawak) dan Zac Diamond

GENRE: Komedi

DURASI: 1 jam 30 minit

EDARAN: Outloud Studios

TAYANGAN: Bermula 22 Mac 2012

Keserasian dan aksi spontan Along sebagai Jidin dan Angah (Bob Dobot) tampak berkesan.

Judulnya mungkin kedengaran ringkas dan ‘murah’ tetapi pengisiannya tidak mengecewakan.

Saya melihat formula yang sama juga digunakan dalam filem arahan pengarah baru, Esmi Zahara Yusof ini.

Tentunya, penerbit filem Jidin Sengal menyedari tarikan dan pesona judul-judul filem komedi yang ringkas dan kedengaran spastik ini punya kekuatan tersendiri di kalangan penonton kita.

Justeru itu, saya melihat pemilihan judul itu sebagai strategi cerdik yang dekat dengan selera peminat gambar Melayu.

Bagi filem ringan sebegini, hakikatnya memang tidak banyak yang perlu dipertikaikan kerana kita sedia maklum bahawa visi penghasilannya adalah untuk mengundang hilai tawa sekaligus menghiburkan penonton.
Jidin (Along) terpikat pada Amy (Jue Aziz).



Untuk aspek itu, saya anggap Jidin Sengal berjaya mencapai tujuan utama ia diterbitkan.

Persembahan filem yang digarap daripada kisah seorang pemuda bernama Jidin lakonan Along (Raja Lawak) yang bersikap lurus bendul menanam impian untuk menjadi pelakon terkenal itu adalah tema yang ringkas dan kecil.

Namun, ia dianggap bersesuaian dan menjadi dalam konteks penceritaan filem ini.

Saya akui, tema filem ini yang memaparkan kisah warna-warni para pelakon di lokasi penggambaran filem bukanlah sesuatu yang baru.

Puluhan drama atau filem tempatan pernah menonjolkan tema seumpama ini tetapi penceritaan Jidin Sengal yang ringan, bersahaja dan spontan itu meninggalkan rasa berbeza.

Walaupun ia dipersembahkan dalam gaya yang ringan dan disulami komedi, ia berjaya membuatkan saya terfikir sejenak mengenai apa yang terbuku dalam minda kelompok pelakon ekstra.

Maka, saya tertarik dengan tema tersebut yang dikupas daripada kaca mata golongan minoriti dalam sesebuah produksi drama atau filem.

Ia bukan sahaja membuatkan saya ketawa dengan jenaka yang disampaikan, malah ada beberapa kupasan yang baik iaitu kegigihan, semangat setia kawan dan tidak mudah mengalah yang diselitkan dalam filem ini, menjadikan ia bukan komedi kosong.

Babak menyaksikan Amy (Jue Aziz) dan Ella Sunti (Fezah Elai) di lokasi penggambaran.



Menguatkan lagi filem ini, keseronokan yang dihidangkan itu sememangnya dipengaruhi oleh aksi barisan pelakon yang meyakinkan kecuali Zac Diamond (X-Factor).

Gandingan Along dan Angah (Raja Lawak) menjadi dan berhasil. Ia diwarnai pula dengan karakter garang Jue Aziz selaku Amy dan lagak diva Faezah Elai sebagai Ella Sunti.

Saya puji lakonan empat bintang ini kerana tarikan masing-masing yang mencuit hati.

Sayangnya, saya melihat percubaan Zac yang menggalas watak pelakon ekstra bernama Iskandar menterjemahkan aksi komedi secara berlebihan dan merengsakan.

Perihal yang sama turut saya lihat pada lakonan Azrul (Raja Lawak) yang sarat dengan imej hip hop tidak bertempat itu.

Lebih mengharukan apabila lakonan dua pelakon tersebut dibayangi oleh kemunculan penerbit filem ini Ernie Chen walaupun dia hanya muncul sebagai pelakon pembantu sahaja.

Saya sedar bukan mudah untuk membuatkan orang ketawa tetapi kadang kala lakonan yang bersahaja dan ringkas juga mampu buat orang ketawa atau paling tidak pun tersenyum.

Barisan pelakon dan tenaga kerja Jidin Sengal (dari kiri) Zac Diamond, Along, Jue Aziz, penerbit Ernie Chen, pengarah Esmi Zahara Yusof, Faezah Elai dan Angah pada majlis tayangan perdana filem itu, baru-baru ini.



Sebagai hasil sulung seorang pengarah baru, kerja Esmi berhak mendapat sokongan. Memang ada kekurangan dan kegoyahan khususnya pada aspek teknikal, tetapi filem ini berjaya digerakkan dengan baik dari awal ke titik akhir.

Dekat dan bertepatan dengan selera penggemar filem komedi Melayu, saya percaya Jidin Sengal mampu memikat penonton ke pawagam.

Jidin Sengal mengisahkan mengenai seorang budak kampung yang bercita-cita untuk menjadi pelakon terkenal iaitu Jidin lakonan Along.

Demi mengejar cita-citanya, Jidin datang ke Kuala Lumpur dan bertemu dengan seorang pelakon ekstra yang berhasrat memegang watak hero atau setidak-tidaknya pelakon pembantu berdialog iaitu Bob Dobot (Angah).

Mereka berdua berkawan baik dan Bob banyak mengajar Jidin selok-belok dunia lakonan memandangkan Jidin tidak mempunyai pengetahuan luas di dalam bidang itu.

Pelbagai cabaran dan masalah terpaksa mereka tempuhi untuk mencapai impian mereka mendapatkan peranan lebih besar dalam sesebuah produksi filem.

DOWNLOAD SINI

Read more: http://www.xlupa.com/2012/03/jidin-sengal-2012-review.html#ixzz1pc45hBYa







Link (Rar Pass : syokdownload.com) soon

16.3.12

Bunohan (2012)


DOWNLOAD KLIK SINI
BERLATARBELAKANGKAN tepian pantai dan perkampungan yang indah dan sudut sinemagrafi yang menarik, Bunohan berjaya diangkat oleh pengarah Dain Said sebagai sebuah filem yang menarik untuk diperkatakan.

Kebanyakan pihak memuji keupayaan pengarah muda ini mencernakan kekuatannya dalam menghasilkan sebuah karya yang dilihat luar biasa selepas sesi pra tontonnya pada 29 Februari lalu.

Bunohan hebat diperkatakan apabila ia menerima anugerah NETPAC(Rangkaian untuk Promosi Pawagam Asia) di Filem Festival Taipei Golden Horse 2011.

Dan dek kerana itulah filem ini menjadi taruhan serta di jaja daripada mulut ke mulut sehingga menyebabkan orang ramai menunggu kemunculannya bagi menilai sejauh manakah luar biasanya karya terbaru Dain Said ini.

Bunohan yang mengambil nama sebuah perkampungan di Tumpat, Kelantan berkisar tentang hubungan tiga beradik iaitu Ilham (Faizal Hussein), Adil (Zahiril Adzim) dan Bakar (Pekin) yang berhadapan dengan krisis kekeluargaan.




PELAKON: Faizal Hussein (Ilham), Zaharil Adzim (Adil), Pekin (Bakar), Bront Palare Deng), Wan Hanafi Su (Pok Eng), Namron (Pok Wah), Shoffi Jikan (Awang Sonar) dan Tengku Azura (Mek Yah)

Adil (kanan) lakonan Zahiril Adzim akhirnya mati akibat disapu ubat beracun dalam satu perlawanan Tomoi.

Membunuh

Ia dapat dilihat apabila Ilham diupah membunuh adiknya iaitu Adil, seorang peninju tomoi yang sering kali menyandang juara dalam perlawanan di Selatan Thailand sementara Bakar pula seorang yang tamak apabila mahu membolot tanah pusaka.

Bapa kepada anak-anak tersebut ialah seorang Tok Dalang wayang kulit tegar iaitu Pok Eng (Wan Hanafi Su) digambarkan sebagai seorang lelaki yang berdahi licin apabila berkahwin lebih daripada satu.

Kerana kecewa dengan perkara itu, isterinya Mek Yah (Tengku Azura) membawa diri meninggalkan anak-anak dengan menjadi buaya putih, mitos kepercayaan orang-orang dahulu.

Ilham akhirnya sanggup mati dibunuh oleh Deng kerana dia tidak tergamak untuk “mengambil nyawa” adiknya sendiri seperti mana yang diinginkan.
Lakonan Faizal Hussein (kiri) dan Bront Palarae sememangnya hebat.



Malah Adil yang sudah 27 tahun meminggirkan keluarga termasuk ayahnya dipertemukan selepas isu tuntutan tanah daripada Bakar yang mahu melaksanakan projek di tanah yang hendak diwariskan kepada Adil itu.

Karakter yang dibawa dalam setiap watak tidak kiralah kecil ataupun besar adalah sesuatu yang luar biasa.

Kehebatan filem ini ternyata daripada sudut nilai lakonnya. Kesan yang diberikan oleh Faizal Hussein dalam filem ini memang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Begitu juga dengan pelakon lain yang mampu membawa watak mereka tanpa sebarang masalah walaupun keseluruhan filem ini menggunakan loghat negeri Kelantan.

Namun di sebalik kehebatan yang ditonjolkan serta aksi lakon yang ditampilkan, Bunohansebenarnya bukanlah sebuah filem yang terlalu luar biasa.

Maaf... mungkin komen ini sedikit menyimpang daripada kebanyakan ulasan yang dilakukan oleh media lain tetapi hakikat terhadap “kecuaian” dalam filem ini harus diterima dengan positif.

Ia hanya hebat daripada sudut sinematografi, keupayaan para pelakon serta tema yang diangkat. Itu sahaja.

Sakit kepala

Tetapi secara keseluruhannya filem ini hanyalah sebuah filem “sakit kepala” kerana ia cuba memaksa penonton untuk mengkaji makna tersirat di sebalik kata-kata, gerak geri serta raut wajah para pelakonnya.

Secara jujurnya, Bunohan bukan sebuah filem kegemaran masyarakat Malaysia yang malas untuk berfikir perkara di sebalik atau makna tersirat itu. Dan dek kerana itu, ia tidak mampu untuk membuatkan penonton mahu menontonnya untuk kali kedua.
Sinematografi dalam 'Bunohan" adalah antara yang terbaik.



Jika ada pun disebabkan mereka terpaksa berbuat demikian kerana ingin memahami apa sebenarnya yang hendak disampaikan dalam filem ini.

Bunohan adalah sebuah filem seni yang berat dan dilihat hanya bersesuaian untuk mereka yang mempunyai ilmu perfileman seperti pelajar-pelajar filem ataupun mereka yang benar–benar cintakan karya seperti ini sahaja.

Ini kerana terlalu banyak sub plot yang hendak dikembangkan oleh Dain Said sehingga membuatkan penonton tertanya-tanya apakah yang ingin disampaikan oleh pengarah itu?

Semak

Watak Mek Yah tidak digambarkan dengan jelas yang menunjukkan wanita itu adalah buaya jadian sementara apakah kepentingan Ilham yang keterlaluan dilihat menggali kubur daripada matlamat utamanya untuk mencari Adil.

Kepentingan buaya dan saka yang dibangkitkan sebenarnya tidak menyumbang terhadap kekuatan Bunohan pun sebaliknya kewujudan watak itu hanya mendatangkan “semak” terhadap filem ini.

Apakah sesebuah “art movie” memerlukan seseorang pengarah itu menghasilkan karya yang membebankan pemikiran penonton?

Filem Jogho arahan U-Wei yang ditayangkan pada tahun 1999 adalah salah satu contoh filem seni yang amat baik daripada segi tema dan perkembangan plot yang ditampilkan.
Pekin Ibrahim juga berjaya menunjukkan kemampuannya dalam 'Bunohan'.



Jogho memenangi lima anugerah menerusi Festival Filem Malaysia Ke 11 (FFM11) termasuk Filem Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Khalid Salleh) yang juga berkisar mengenai kehidupan masyarakat di Kelantan dan Selatan Thailand.

Kisah kehidupan mengenai perlawanan laga lembu yang turut membabitkan adegan pembunuhan itu berjaya digarap dengan sempurna tanpa banyak masalah untuk penonton memikirkannya.

Tapi sayang, hasrat Dain Said untuk melakukan kelainan dalam konteks pemikiran “zaman teknologi” pada hari ini tidak seratus peratus mencapai matlamatnya tetapi usaha itu berjaya daripada kekuatan lain.

Kita berhak untuk bersetuju atau tidak dengan apa yang kita lihat atau lakukan tetapi hak saya terhadap filem ini telah saya perjelaskan.

Sama ada anda boleh menerimanya atau tidak, pergilah menonton dan buatlah penilaian sendiri kerana cara itu adalah rumusan terbaik untuk pandangan anda.


DOWNLOAD KLIK SINI

Ulasan: NIEZAM ABDULLAH (niezam@thestar.com.my)

FILEM: BUNOHAN

GENRE: AKSI / DRAMA

PENGARAH: DAIN SAID

TAYANGAN: BERMULA 8 MAC 2012

KOS PRODUKSI: RM1.81 JUTA


DOWNLOAD KLIK SINI
Link (Rar Pass : syokdownload.com)

13.3.12

Seefood (2012) Review

SeeFood adalah filem animasi tempatan pertama berbahasa Inggeris dan menggunakan format 3D.
SEEFOOD selayaknya diangkat tinggi bukan hanya kerana pencapaiannya menembusi lebih 90 negara di benua Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia, tetapi kerana ia adalah animasi buatan tempatan pertama dalam bahasa Inggeris.
Kalau sudah terbukti penerimaannya di luar, maka soal kualiti filem animasi arahan Goh Aun Hoe bukan lagi pertikaian.
Bagi sebuah naskhah kelahiran tanah air, SeeFood boleh dilihat sebagai hero baru dalam senario animasi kita selepas cetusan fenomena Upin & Ipin menerusi Geng: Pengembaraan Bermula (2009).
Kita menyedari kekangan dan batasan yang dihadapi penggiat tempatan, di mana pembikinan sebuah filem animasi bukannya berjumlah RM2 atau RM3 juta tetapi lebih daripada itu.
Namun kekurangan itu bijak dipergunakan oleh Goh dalam mempersembahkan animasi yang boleh meyakinkan.
Saya melihat pemilihan tema alam sekitar menerusi penceritaan oleh karakter haiwan adalah tindakan cerdik yang efektif.
Julius, si jerung berinsang putih
Kita sememangnya sedar sasaran utama penghasilan sesebuah animasi atau kartun di atas bumi ini adalah untuk memikat si kelompok cilik iaitu kanak-kanak.
Maka, pembinaan karakter yang comel dan menawan adalah nadi keberkesanan sesebuah animasi itu, dan menerusi Seefood, perihal itu tampak berhasil.
Justeru, secara tidak langsung, mesej tentang kepentingan untuk memelihara alam sekitar dan lautan dapat disalurkan dengan persembahan visual yang mengasyikkan dan santai.
Sedar atau tidak, saya mengakui tema dan penceritaan SeeFood itu jika tidak kena pada cara penyampaiannya, akan menjadi seperti sebuah pesanan khidmat masyarakat (PSA) yang membosankan, sekaligus menjadi tabu yang pasti dijauhi kanak-kanak.
Seiring dengan visi untuk menerapkan pendidikan pada minda kanak-kanak atau kepada sesiapa saja, pelayaran filem ini berjaya mengikat tumpuan namun sarat dengan mesej.
Pup si jerung buluh memerhatikan terumbu-terumbunya.
Secara peribadi, saya cukup tertarik dengan penghasilan karakter jerung dan dunia bawah laut serta flora fauna yang berwarna-warni itu.
Bahkan, aplikasi format 3 Dimensi (3D) yang menjadikan filem ini sebagai animasi pertama Malaysia menggunakan format itu menunjukkan industri animasi kita mampu mengikut perkembangan semasa.
Pun begitu, SeeFood yang berlatarkan watak-watak haiwan sebagai pencerita tidak mungkin dapat lari daripada menjadi perbandingan dengan filem animasi luar yang terlebih dahulu menjajahi minda kita dengan pendekatan sedemikian.
Konsep itu mungkin bukan sesuatu yang segar tetapi ia juga adalah idea yang berulang-kali diketengahkan dalam mana-mana animasi pun.
Beri peluang kepada SeeFood dan anda pasti tersenyum seusai tontonan filem ini.
Ia mungkin belum mencapai skala mega tetapi filem ini menjanjikan potensi kepada perkembangan animasi kita untuk lebih meyakinkan penonton di peringkat global, sebagaimana kita tertawan dengan Finding NemoIce Age atau Madagascar sebelum ini.
Babak antara si kura-kura Mertle, sotong Octo dan ikan pari bernama Spin di dasar lautan.
Filem terbitan Silver Ant Sdn Bhd ini berlatar belakangkan eko-sistem sekitar kita di mana karakter utamanya, Pup suara oleh Gavin Yap dan Julius (Diong Chae Lia) akan membawa penonton menyertai mereka ke alam pengembaraan yang penuh misteri dan tidak berpenghujung.
Apabila berdozen telur dari terumbu Pup dicuri oleh pemburu haram, Pup nekad untuk menyelamatkan abang-abang dan kakak-kakaknya, tanpa mengambil bahaya dan risiko misi tersebut.
Tekadnya untuk membetulkan keadaan membawa Pup ke dunia daratan, atau dunia Man, dengan kawasan yang indah tetapi penuh dengan mara bahaya.
Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, seekor jerung berinsang putih muncul dengan misi yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya.
Dengan sut istimewa mereka, keupayaan jerung untuk mengembara di daratan dalam animasi aksi penuh ketawa ini pasti akan mempesonakan anda.
SeeFood kini ditayangkan di pawagam bermula 8 Mac lalu.~Mstar online

8.3.12

Cinta Kura-Kura (2012)


PENGGIAT kita apabila membikin filem ringan jarang yang menjadi. Kalau aspek ceritanya kuat, selalunya pemilihan pelakon atau mutu lakonan pula akan pincang.

Dalam ‘kegilaan’ pembikin kita menjunjung martabat cerita seram dan aksi, ada jugalah terselit satu atau dua judul daripada genre cinta dan komedi tetapi filem yang berkesan boleh dibilang dengan jari, jauh sekali untuk dibanggakan.

Namun, ada sesuatu yang menarik mengenai filem arahan pendatang baru dunia pengarahan filem iaitu Nizam Zakaria ini.

Cinta Kura-Kura tonjol keserasian Nani (Tiz Zaqyah) dan Adam (Aeril Zafrel). 



Download 

Memilih tajuk Cinta Kura-Kura (CKK) sebagai pertaruhan, filem terbitan KRU Studios ini tampak lain daripada filem-filem yang pernah dihasilkan studio milik adik-beradik itu.

Lihat saja pada judul yang menarik dan ringkas itu, hasil filemnya juga setara.

Ia tidak dibangunkan daripada subjek yang ekstravaganza atau sarat dengan falsafah.

Paparan kisah cinta dua remaja Adam lakonan Aeril Zafrel dan Nani (Tiz Zaqyah) yang diperkaya terapan komedi menerusi watak sang kura-kura nampak menjadi, atau setidak-tidaknya mencuit hati saya sebagai penonton.
Bob (AF) sebagai abang Nani iaitu Adam turut mencuit hati dengan aksi lelaki lembut.



Untuk percubaan sulung Nizam di kerusi pengarah, naskhah ini membanggakan. Apa yang lebih menarik adalah pemilihan plot ringan dan kontemporari itu disuntik seoptimum mungkin sehingga mampu menterjemahkan visual yang boleh ‘dilayan’.

Saya kira dalam pertaruhan karya ini, CKK cukup bertuah kerana ia bersandarkan skrip ringkas yang tidak menuntut pemahaman mendalam, justeru memudahkan penterjemahannya ke layar, seterusnya sampai kepada penonton.

Dek keberkesanan filem ini juga, mungkin tidak salah perhitungan mengkelaskan CKKsebuah naskhah ringan ala Hollywood yang efektif dengan landskap Malaysia.

Ia bermula dengan baik dan disulami elemen humor dan jenaka yang terkawal, filem ini diperkuatkan oleh lakonan para pelakon yang rata-ratanya memuaskan.

Gandingan dua pelakon muda yang berpasangan buat julung kalinya, Aeril Zafrel dan Tiz Zaqyah menjadi dan serasi.

Tidak banyak yang perlu mereka lakukan selain penterjemahan lakonan secara bersahaja, dua remaja ini memikat di depan layar.
Pengarah, Nizam Zakaria



Zizan si penggalas watak kura-kura bernama Nico juga bijak menonjolkan wataknya biarpun hanya melalui suara sahaja dan Bob (AF) tidak kurang mencuit dengan aksi lelaki lembut yang comel.

Gabungan elemen realiti (kisah cinta dua remaja) dan fantasi iaitu cerita dunia kura-kura yang boleh bercakap itu berhak dipuji.

Memanglah jika ingin membuat perbandingan, kita sudah banyak kali menonton kisah manusia dan haiwan berkomunikasi dalam filem sebelum ini.

Malah, filem Melayu sendiri iaitu O.K (Orang kampung Otak Kimia) arahan Datuk Aziz Sattar pada 1990 juga pernah memaparkan kisah pemuda dan seekor kambing berbual, tetapi itu perihal berbeza.

Dalam kes CKK, kupasan realiti dan penggunaan teknologi iaitu Imej Janaan Berkomputer (CGI) bagi watak-watak haiwan ini terjalin dengan baik dan seiring.

Mungkin pada bahagian penghujung CKK yang memaparkan keriuhan di dapur restoran dek kemunculan pelbagai haiwan yang terlepas agak mengganggu dan keterlaluan.
Babak tegang antara Mr Lim (Chew Kin Wah) dan Adam di restoran haiwan eksotik.



Pun begitu, ia masih boleh dimaafkan atas dasar toleransi dan keperluan bahawa elemen komedi slapstik itu adalah pencetus klimaks filem ini.

Menonton filem ini bagai menikmati sebungkus coklat M&M’s yang berwarna-warni dan sedap dikunyah. Cukup rasa, warna dan ringkas, CKK mampu memikat segenap peringkat penonton.

CKK mengisahkan seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani (Tiz Zaqyah) bersama kura-kura peliharaannya, Nico (Zizan Razak).

Kisah filem ini bermula selepas Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin (Bob AF). Jiran Nani, Adam (Aeril Zafrel) telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama mereka bersua tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri untuk berpacaran dengan Nani, iaitu pengurus kedai haiwan bernama Fadzly (Fizz Fairuz).

Bagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bagi menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran haiwan eksotik


Read more: http://www.xlupa.com/2012/03/cinta-kura-kura-2012-review.html#ixzz1oTZpFsEU

6.3.12

This Mean War (2012) Preview


SEPERKARA yang harus saya akui filem komedi romantik yang lincah berjudul This Means War ini memang sarat dengan nilai hiburan.

Disalut kemas elemen aksi dan debaran, tempo filem ini sudah memuncak seawal babak pertama yang menyaksikan adegan tembak-menembak, aksi lagak ngeri dan letupan.

Persepsi yang menjelma saat babak seperti itu dihidangkan depan layar, saya seakan sudah dapat membaca pola perjalanan filem ini - rancak, pantas, teruja tetapi kosong intipatinya.


Babak filem This Means War menyaksikan Tuck lakonan Tom Hardy (kiri) dan FDR (Chris Pine) berpura-pura tidak mengenali antara satu sama lain ketika bertembung di sebuah restoran membuatkan Lauren (Reese Witherspoon) kebingungan.

Sekalipun saya terhibur dengan dialog ringkas dan transisi cerita yang pantas dan lancar itu, masakan mungkin saya boleh pejam sebelah mata dengan kedangkalan plot filem arahan McG (pengarah Charlie’s Angels) ini.

Cerita dua sahabat baik yang juga pegawai Agen Risikan Pusat (CIA) bernama FDR lakonan Chris Pine dan Tuck (Tom Hardy) jatuh hati pada wanita yang sama iaitu Lauren (Reese Witherspoon) sehingga mencetuskan konflik di antara mereka barangkali adalah plot yang klise.
FDR cuba memikat Lauren ketika bertemu di sebuah kedai buku.



Hampir satu jam berlalu, sudah memadai bagi saya merumuskan filem ini hanyalah hiburan ringan yang mengasyikkan secara visual tetapi lompong isinya.

Walau bayangan filem Mr. & Mrs. Smith lakonan duo Angelina Jolie dan Brad Pitt jelas terimbas pada filem ini, kita mampu bertolak-ansur dan menerima persamaan itu.

Aksi yang silih berganti diadun dialog-dialog dangkal dan ringkas itu sebenarnya menjadikan This Means War sebuah hidangan yang mudah dihadam.

Naratif dan kupasan ini juga boleh dianggap linear tanpa ada teka-tekinya. Ia bagai draf aksi yang terus mendaki dari awal hingga ke poin terakhir.

Untuk momentum itu, saya hargai teknik yang dipersembahkan dalam mengekang tumpuan penonton untuk melekat di layar perak.
Pengarah, McG menggarap filem ini seakan filemnya sebelum ini, Charlie's Angels.



Namun, tiga watak utamanya FDR, Tuck dan Lauren yang dibentuk berdasarkan karakter yang mudah dibaca itu menimbulkan suasana hambar.

FDR umpamanya dibentuk untuk tampil dengan unsur kasanova manakala temannya Tuck (seorang duda) pula lebih tenang dan rasional. Kedua-dua perwatakan ini adalah stereotaip mengikut profil dan raut wajah dua pelakon.

Whitherspoon yang memainkan watak wanita yang terdesak untuk mencari pasangan hidup pula digarap dalam acauan yang sering kali kita lihat dalam kebanyakan romantik komedi lain.

Kalau bukan kerana kekuatan aksi dan rentak yang pantas, tentu This Means War gagal mencuri ruang tumpuan ekoran kekontangan idea dihamparkan.

Ringkasnya, filem ini memaparkan kisah dua pegawai CIA yang berbahaya dan tidak boleh dipisahkan. Keadaan bertukar tegang apabila kedua-duanya mula jatuh hati pada wanita yang sama.
Perkembangan hubungan Lauren dan Tuck sering diawasi oleh FDR menerusi peralatan canggih.



Dalam persaingan FDR dan Tuck untuk memenangi hati Lauren, mereka mula menggunakan segala kemahiran dan peralatan canggih yang ada untuk menewaskan antara satu sama lain.

Apakah kesudahan hubungan persahabatan ini? Siapakah akan memenangi hati Lauren atau kedua-duanya akan berputih mata? Jawapannya dalam This Means War.



Download soon...

28.2.12

11 Movie Melayu Akan Letupkan Pawagam 2012+Video





1. Mantera
2012
Sains, Aksi



2. Man Sewel Datang KL
2012
Komedi



3. Cinta Kura-Kura
2012
Komedi, Romantik



4. Misteri Dendam Balan Balan The Movie
2012
Ngeri, Ngeri



5.Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit
2012
Komedi, Seram



6. Berani Punya Budak
2012
Aksi, Komedi



7. Shh...Dia Datang
2012
Komedi



8. Eee...Hantu!!!!!
2012
Misteri, Komedi



9. Syirik
2012
Misteri, Ngeri



10. Johnny Bikin Filem
2012
Drama



11. Alamaya
2012
Pengembaraan, Animasi, Fantasi

9.2.12

Tanjat Maimon,Filem Baru Afdlin Shauki


Ternyata pertandingan Maharaja Lawak Mega berjaya mempopularkan watak Datin Maimon pada persembahan-persembahan yang dijayakan oleh naib juaranya iaitu kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik pada tahun lalu.

Justeru, menurut Afdlin ekoran populariti Datin Maimon yang dilakonkannya dalam sketsa-sketsa sewaktu bertanding dalam Maharaja Lawak menyebabkan dia kini sedang dalam persiapan untuk menghasilkan sebuah filem tentang karekter itu yang lucu dan diminati ramai.

“Saya sedang dalam perancangan mahu menerbit dan mengarahkan sebuah filem yang bertajuk Tanjat Maimon iaitu sebuah filem yang berkisar tentang lanjutan watak Datin Maimon yang saya bawakan sewaktu menjayakan Maharaja Lawak Mega dan Lawak Ke Der?

“Watak Datin Maimon itu akan saya kembangkan dalam filem bersama watak Datin Sardin yang juga dilakonkan oleh Harun Salim Bachik dalam Maharaja Lawak Mega dan Lawak Ke Der? Ini adalah projek terbaru yang akan saya lakukan untuk tahun 2012 ini,” ujarnya.

Afdlin menyuarakan hasratnya itu sewaktu ditemui selepas menjayakan persembahan Lawak Ke Der? di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini dari 3, 4, 5 dan 10, 11 serta 12 Februari ini dengan tiket-tiket berharga daripada RM53 hingga RM353.

Jelas pengarah, pelakon, pengacara dan penulis skrip ini, bukan setakat Tanjat Maimon, malah watak-watak kanak-kanak seperti Boboi dan Gurgirl yang dilakonkannya sewaktu menyertai Maharaja Lawak Mega juga akan dikembangkannya menerusi filem seterusnya.

“Selain Tanjat Maimon saya juga bercadang untuk mengarahkan filem berjudul Boboi Vs Osbon yang akan menggabungkan kumpulan Osbon yang dianggotai oleh Os dan Abon berdasarkan karekter-karekter yang kami bawakan dalam Maharaja Lawak Mega,” jelasnya lagi.mynewshub

LIKE DULU

1.2.12

Video 'Dari Sinar Mata' Promo Panggung Sabtu TV3 Suku


Lol ..kreatif..tapi lucu Video 'Dari Sinar Mata' Promo Panggung Sabtu TV3 Suku