31.3.12

Rozita Che Wan Akan Bermadu Dengan Siti Nurhaliza


“Saya bukan bakal isteri baru Datuk K,” kata selebriti terkenal, Rozita Che Wan yang menepis dakwaan akan berkahwin dengan Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K seperti didakwa laman blog dan portal hiburan.
Rozita berkata, dakwaan terbabit sama sekali tidak masuk akal kerana dia tidak menjalin hubungan dengan mana-mana individu termasuk Datuk K seperti yang dimaksudkan.

“Sejak saya putus hubungan dengan seorang jejaka Singapura yang dikenali dengan nama ‘S’ dua tahun lalu, saya masih belum bertemu dengan jejaka pilihan hati.

“Saya dan anak sangat meminati Datuk Siti (Nurhaliza). Saya tidak mahu dakwaan berkenaan boleh menyebabkan hubungan baik saya sebelum ini dengan Datuk Siti terus dingin, lagi-lagi kami sama-sama artis,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.

Rozita, 39, berkata, dia kecewa dan kesal dengan gosip terbaru yang dilemparkan laman blog dan portal hiburan itu kerana ia adalah penyebaran fitnah ke atas dirinya.


rozita
rozita
BACA LAGI SINI

29.3.12

Gambar Restoran KLCC Terbakar

KUALA LUMPUR: Sebuah restoran di tingkat empat pusat beli belah KLCC di sini terbakar pada 5.20 petang ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata semua jentera telah dikejarkan ke tempat kejadian. "Kita masih menunggu laporan pegawai di tempat kejadian," katanya kepada Bernama. KLCC adalah antara destinasi pelancongan utama di negara ini. 
  .
Gambar sebenar dibawah




SUMBER

27.3.12

Video Ngeri Bas Langgar Polis Trafik

Fuh..ngerinya.. Bas ni terlalu laju ker? Ataupun polis tak ada kon tanda polis?Rasanya pemandu tersebut cuai kerana selepas langgar polis ..sempat lagi dia rempuh sebuah lori kecil didepannya.
Koperal Ismayuddin Ismail dan telah meninggal dunia disebabkan kemalangan tersebut.

“Arwah yang dimaksudkan bernama Koperal Ismayuddin Ismail, berusia 50 tahun. Mari kita ramai2 sedekahkan Alfatihah untuk arwah dan mendoakan semoga pemandu bas tersebut dihukum dengan berat,” komennya di ruangan bawah video Youtube itu.



Sementara itu, difahamkan juga bahawa pemandu bas yang bertanggungjawab melanggar Allahyarham Ismayuddin telah ditahan sebelum dilepaskan kemudiaannya dengan ikat jamin berjumlah RM10,000 sehingga menunggu perbicaraan pada 24 April ini.SUMBER

Gambar Anak Yusuf Haslam Bersosial Tersebar

 Gambar Anak Yusuf Haslam Bersosial Tersebar
V


V




V



V
(Gambar bawah ni)








LAGI GAMBAR KLIK SINI

25.3.12

Video Awal Ashaari Nangis-Nangis Lamar Scha


Nasib baik ada kamera..kalau xder..dah berpelukkan dah mereka..

KUALA LUMPUR,25 MAC 2012: Pengacara, Awal Ashaari telah membuat kejutan dengan melamar kekasihnya Scha Al-Yahya untuk dijadikan isteri dalam set Propaganza yang disiarkan secara langsung di Astro Ria tengah hari tadi.

Ketika melamar Scha Al-Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin berlian, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia.

Scha Al-Yahya yang terkejut dengan tindakan spontan Awal itu dengan sebak terus menerima lamaran berkenaan.

Awal memberitahu dia sudah lama menunggu hari sesuai untuk melamar Scha dan hari ini iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya merupakan tarikh ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.


Baca Lagi Dan Video Klik Sini

22.3.12

YouTube Malaysia Telah Dilancarkan




KUALA LUMPUR: YouTube Malaysia dilancar secara rasmi oleh Pengarah Pembangunan Produk Asia Pasifik YouTube, Adam Smith di Kuala Lumpur hari ini.

Smith berkata, Malaysia pengguna YouTube yang sangat aktif dan menonton berjuta video setiap hari.
Beliau mengambil contoh fenomena Cikgu Shida serta artis popular Yuna dan ZeeAvi sebagai pencetus YouTube di Malaysia.

YouTube Malaysia bakal melancarkan pindah naik video dengan cepat.



Aplikasi YouTube Malaysia juga diaktifkan secara rasmi terutama kepada pengguna Malaysia.


Majlis pelancaran terbabit disertai Yuna dan Mizz Nina.Google, pada tahun lepas telah pun melancarkan YouTube Singapura dan juga YouTube Filipina, membolehkan para pengguna tempatan yang menghasilkan kandungan berbentuk video, untuk menggunakan platform daripada Google itu, dengan beberapa fungsi dan sokongan tambahan. Dan kini kelihatan YouTube Malaysia turut sama bakal dilancarkan tidak lama lagi.



Domain YouTube.com.my kini sudah pun kelihatan aktif, dan membawa kepada laman utama YouTube, berbeza dengan sebelum ini. Ini sekaligus memperlihatkan pelancarannya yang semakin hampir. Melalui pelancaran YouTube versi tempatan kelak, ia bakal menawarkan pencarian dan penemuan kandungan tempatan dengan lebih mudah, disamping membawakan YouTube Partners kepada para pengguna dan mereka yang menghasilkan kandungan video di Malaysia.

Perkara ini semestinya bakal menjadi salah satu pemangkin kepada pembangunan kandungan berbentuk video di Malaysia

Read more: http://www.xlupa.com/2012/03/youtube-malaysia-dilancarkan-hari-ini.html#ixzz1prH653ua


Link (Rar Pass : syokdownload.com)

21.3.12

Lagi Gambar Fazura Dan Tengku Mahkota Johor




Mereka tengah bercinta sakan.Bila nak kahwin ni?Jom lihat lagi gambar mesra Fazura dan buah hati dirajanya
Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail.









Read more: Lagi Gambar Klik SIni







Link (Rar Pass : syokdownload.com)

Cara Dapatkan Keputusan SPM Dengan SMS


Taip SPM <jarak> No.Kad Pengenalan<jarak> No. Angka Giliran dan hantar ke 15888

 Contoh SMS : SPM 940228145644 ABC12345  dan sms ke 15888


Perkhidmatan Semakan Keputusan SPM 2011 Secara SMS disediakan bermula 10.00 pagi 21 Mac 2012 sehingga 12.00 malam 27 Mac 2012

*Keputusan rasmi boleh diperolehi daripada sekolah masing-masing pada 21 Mac 2012

Talian Bantuan : 03-5569 2840 atau emel : careline@15888.my

Read more: http://www.xlupa.com/2012/03/cara-dapatkan-keputusan-spm-dengan-sms.html#ixzz1phe8RnKa

20.3.12

Jidin Sengal (2012) AVi


DOWNLOAD SINI
SEIMBAS dengar pada judulnya, tentu ramai yang menjangkakan filem Jidin Sengal ini adalah jenis komedi spastik atau lawak murah yang acap kali digunapakai dalam kebanyakan filem komedi tempatan.

Tetapi jangan lekas jatuhkan hukum kerana setiap filem komedi itu, jika kena cara penghasilannya berupaya menjadi jenaka yang boleh diterima dan menghiburkan.

Ambil sahaja contoh filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen iaitu Bujang Telajak, Belum Terlanjur yang ditayangkan pada 19 Januari.




DOWNLOAD SINI
FILEM: Jidin Sengal

ARAHAN: Esmi Zahara Yusof

LAKONAN: Along (Raja Lawak), Angah (Raja Lawak), Jue Aziz, Faezah Elai, Azrul (Raja Lawak) dan Zac Diamond

GENRE: Komedi

DURASI: 1 jam 30 minit

EDARAN: Outloud Studios

TAYANGAN: Bermula 22 Mac 2012

Keserasian dan aksi spontan Along sebagai Jidin dan Angah (Bob Dobot) tampak berkesan.

Judulnya mungkin kedengaran ringkas dan ‘murah’ tetapi pengisiannya tidak mengecewakan.

Saya melihat formula yang sama juga digunakan dalam filem arahan pengarah baru, Esmi Zahara Yusof ini.

Tentunya, penerbit filem Jidin Sengal menyedari tarikan dan pesona judul-judul filem komedi yang ringkas dan kedengaran spastik ini punya kekuatan tersendiri di kalangan penonton kita.

Justeru itu, saya melihat pemilihan judul itu sebagai strategi cerdik yang dekat dengan selera peminat gambar Melayu.

Bagi filem ringan sebegini, hakikatnya memang tidak banyak yang perlu dipertikaikan kerana kita sedia maklum bahawa visi penghasilannya adalah untuk mengundang hilai tawa sekaligus menghiburkan penonton.
Jidin (Along) terpikat pada Amy (Jue Aziz).



Untuk aspek itu, saya anggap Jidin Sengal berjaya mencapai tujuan utama ia diterbitkan.

Persembahan filem yang digarap daripada kisah seorang pemuda bernama Jidin lakonan Along (Raja Lawak) yang bersikap lurus bendul menanam impian untuk menjadi pelakon terkenal itu adalah tema yang ringkas dan kecil.

Namun, ia dianggap bersesuaian dan menjadi dalam konteks penceritaan filem ini.

Saya akui, tema filem ini yang memaparkan kisah warna-warni para pelakon di lokasi penggambaran filem bukanlah sesuatu yang baru.

Puluhan drama atau filem tempatan pernah menonjolkan tema seumpama ini tetapi penceritaan Jidin Sengal yang ringan, bersahaja dan spontan itu meninggalkan rasa berbeza.

Walaupun ia dipersembahkan dalam gaya yang ringan dan disulami komedi, ia berjaya membuatkan saya terfikir sejenak mengenai apa yang terbuku dalam minda kelompok pelakon ekstra.

Maka, saya tertarik dengan tema tersebut yang dikupas daripada kaca mata golongan minoriti dalam sesebuah produksi drama atau filem.

Ia bukan sahaja membuatkan saya ketawa dengan jenaka yang disampaikan, malah ada beberapa kupasan yang baik iaitu kegigihan, semangat setia kawan dan tidak mudah mengalah yang diselitkan dalam filem ini, menjadikan ia bukan komedi kosong.

Babak menyaksikan Amy (Jue Aziz) dan Ella Sunti (Fezah Elai) di lokasi penggambaran.



Menguatkan lagi filem ini, keseronokan yang dihidangkan itu sememangnya dipengaruhi oleh aksi barisan pelakon yang meyakinkan kecuali Zac Diamond (X-Factor).

Gandingan Along dan Angah (Raja Lawak) menjadi dan berhasil. Ia diwarnai pula dengan karakter garang Jue Aziz selaku Amy dan lagak diva Faezah Elai sebagai Ella Sunti.

Saya puji lakonan empat bintang ini kerana tarikan masing-masing yang mencuit hati.

Sayangnya, saya melihat percubaan Zac yang menggalas watak pelakon ekstra bernama Iskandar menterjemahkan aksi komedi secara berlebihan dan merengsakan.

Perihal yang sama turut saya lihat pada lakonan Azrul (Raja Lawak) yang sarat dengan imej hip hop tidak bertempat itu.

Lebih mengharukan apabila lakonan dua pelakon tersebut dibayangi oleh kemunculan penerbit filem ini Ernie Chen walaupun dia hanya muncul sebagai pelakon pembantu sahaja.

Saya sedar bukan mudah untuk membuatkan orang ketawa tetapi kadang kala lakonan yang bersahaja dan ringkas juga mampu buat orang ketawa atau paling tidak pun tersenyum.

Barisan pelakon dan tenaga kerja Jidin Sengal (dari kiri) Zac Diamond, Along, Jue Aziz, penerbit Ernie Chen, pengarah Esmi Zahara Yusof, Faezah Elai dan Angah pada majlis tayangan perdana filem itu, baru-baru ini.



Sebagai hasil sulung seorang pengarah baru, kerja Esmi berhak mendapat sokongan. Memang ada kekurangan dan kegoyahan khususnya pada aspek teknikal, tetapi filem ini berjaya digerakkan dengan baik dari awal ke titik akhir.

Dekat dan bertepatan dengan selera penggemar filem komedi Melayu, saya percaya Jidin Sengal mampu memikat penonton ke pawagam.

Jidin Sengal mengisahkan mengenai seorang budak kampung yang bercita-cita untuk menjadi pelakon terkenal iaitu Jidin lakonan Along.

Demi mengejar cita-citanya, Jidin datang ke Kuala Lumpur dan bertemu dengan seorang pelakon ekstra yang berhasrat memegang watak hero atau setidak-tidaknya pelakon pembantu berdialog iaitu Bob Dobot (Angah).

Mereka berdua berkawan baik dan Bob banyak mengajar Jidin selok-belok dunia lakonan memandangkan Jidin tidak mempunyai pengetahuan luas di dalam bidang itu.

Pelbagai cabaran dan masalah terpaksa mereka tempuhi untuk mencapai impian mereka mendapatkan peranan lebih besar dalam sesebuah produksi filem.

DOWNLOAD SINI

Read more: http://www.xlupa.com/2012/03/jidin-sengal-2012-review.html#ixzz1pc45hBYa







Link (Rar Pass : syokdownload.com) soon

19.3.12

Sebab Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir Letak Jawatan Dari UMNO






Abdul Kadir berkata, kerajaan perlu berubah supaya mereka tidak mengalami nasib seperti berlaku di Mesir, Syria dan Libya, apabila rakyat memberontak dan menuntut hak asasi serta mahu kerajaan yang adil.



Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini meletakkan jawatan selaku ahli Umno.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong UMNO Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli UMNO Malaysia mulai hari ini,” kata Abdul Kadir.
Minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatan sebagai Bendahari Umno bahagian Kulim – Bandar Baharu, iaitu jawatan terakhir yang dipegangnya dalam Umno.

Read more: Baca Lagi Klik Sini

16.3.12

Bunohan (2012)


DOWNLOAD KLIK SINI
BERLATARBELAKANGKAN tepian pantai dan perkampungan yang indah dan sudut sinemagrafi yang menarik, Bunohan berjaya diangkat oleh pengarah Dain Said sebagai sebuah filem yang menarik untuk diperkatakan.

Kebanyakan pihak memuji keupayaan pengarah muda ini mencernakan kekuatannya dalam menghasilkan sebuah karya yang dilihat luar biasa selepas sesi pra tontonnya pada 29 Februari lalu.

Bunohan hebat diperkatakan apabila ia menerima anugerah NETPAC(Rangkaian untuk Promosi Pawagam Asia) di Filem Festival Taipei Golden Horse 2011.

Dan dek kerana itulah filem ini menjadi taruhan serta di jaja daripada mulut ke mulut sehingga menyebabkan orang ramai menunggu kemunculannya bagi menilai sejauh manakah luar biasanya karya terbaru Dain Said ini.

Bunohan yang mengambil nama sebuah perkampungan di Tumpat, Kelantan berkisar tentang hubungan tiga beradik iaitu Ilham (Faizal Hussein), Adil (Zahiril Adzim) dan Bakar (Pekin) yang berhadapan dengan krisis kekeluargaan.




PELAKON: Faizal Hussein (Ilham), Zaharil Adzim (Adil), Pekin (Bakar), Bront Palare Deng), Wan Hanafi Su (Pok Eng), Namron (Pok Wah), Shoffi Jikan (Awang Sonar) dan Tengku Azura (Mek Yah)

Adil (kanan) lakonan Zahiril Adzim akhirnya mati akibat disapu ubat beracun dalam satu perlawanan Tomoi.

Membunuh

Ia dapat dilihat apabila Ilham diupah membunuh adiknya iaitu Adil, seorang peninju tomoi yang sering kali menyandang juara dalam perlawanan di Selatan Thailand sementara Bakar pula seorang yang tamak apabila mahu membolot tanah pusaka.

Bapa kepada anak-anak tersebut ialah seorang Tok Dalang wayang kulit tegar iaitu Pok Eng (Wan Hanafi Su) digambarkan sebagai seorang lelaki yang berdahi licin apabila berkahwin lebih daripada satu.

Kerana kecewa dengan perkara itu, isterinya Mek Yah (Tengku Azura) membawa diri meninggalkan anak-anak dengan menjadi buaya putih, mitos kepercayaan orang-orang dahulu.

Ilham akhirnya sanggup mati dibunuh oleh Deng kerana dia tidak tergamak untuk “mengambil nyawa” adiknya sendiri seperti mana yang diinginkan.
Lakonan Faizal Hussein (kiri) dan Bront Palarae sememangnya hebat.



Malah Adil yang sudah 27 tahun meminggirkan keluarga termasuk ayahnya dipertemukan selepas isu tuntutan tanah daripada Bakar yang mahu melaksanakan projek di tanah yang hendak diwariskan kepada Adil itu.

Karakter yang dibawa dalam setiap watak tidak kiralah kecil ataupun besar adalah sesuatu yang luar biasa.

Kehebatan filem ini ternyata daripada sudut nilai lakonnya. Kesan yang diberikan oleh Faizal Hussein dalam filem ini memang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Begitu juga dengan pelakon lain yang mampu membawa watak mereka tanpa sebarang masalah walaupun keseluruhan filem ini menggunakan loghat negeri Kelantan.

Namun di sebalik kehebatan yang ditonjolkan serta aksi lakon yang ditampilkan, Bunohansebenarnya bukanlah sebuah filem yang terlalu luar biasa.

Maaf... mungkin komen ini sedikit menyimpang daripada kebanyakan ulasan yang dilakukan oleh media lain tetapi hakikat terhadap “kecuaian” dalam filem ini harus diterima dengan positif.

Ia hanya hebat daripada sudut sinematografi, keupayaan para pelakon serta tema yang diangkat. Itu sahaja.

Sakit kepala

Tetapi secara keseluruhannya filem ini hanyalah sebuah filem “sakit kepala” kerana ia cuba memaksa penonton untuk mengkaji makna tersirat di sebalik kata-kata, gerak geri serta raut wajah para pelakonnya.

Secara jujurnya, Bunohan bukan sebuah filem kegemaran masyarakat Malaysia yang malas untuk berfikir perkara di sebalik atau makna tersirat itu. Dan dek kerana itu, ia tidak mampu untuk membuatkan penonton mahu menontonnya untuk kali kedua.
Sinematografi dalam 'Bunohan" adalah antara yang terbaik.



Jika ada pun disebabkan mereka terpaksa berbuat demikian kerana ingin memahami apa sebenarnya yang hendak disampaikan dalam filem ini.

Bunohan adalah sebuah filem seni yang berat dan dilihat hanya bersesuaian untuk mereka yang mempunyai ilmu perfileman seperti pelajar-pelajar filem ataupun mereka yang benar–benar cintakan karya seperti ini sahaja.

Ini kerana terlalu banyak sub plot yang hendak dikembangkan oleh Dain Said sehingga membuatkan penonton tertanya-tanya apakah yang ingin disampaikan oleh pengarah itu?

Semak

Watak Mek Yah tidak digambarkan dengan jelas yang menunjukkan wanita itu adalah buaya jadian sementara apakah kepentingan Ilham yang keterlaluan dilihat menggali kubur daripada matlamat utamanya untuk mencari Adil.

Kepentingan buaya dan saka yang dibangkitkan sebenarnya tidak menyumbang terhadap kekuatan Bunohan pun sebaliknya kewujudan watak itu hanya mendatangkan “semak” terhadap filem ini.

Apakah sesebuah “art movie” memerlukan seseorang pengarah itu menghasilkan karya yang membebankan pemikiran penonton?

Filem Jogho arahan U-Wei yang ditayangkan pada tahun 1999 adalah salah satu contoh filem seni yang amat baik daripada segi tema dan perkembangan plot yang ditampilkan.
Pekin Ibrahim juga berjaya menunjukkan kemampuannya dalam 'Bunohan'.



Jogho memenangi lima anugerah menerusi Festival Filem Malaysia Ke 11 (FFM11) termasuk Filem Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Khalid Salleh) yang juga berkisar mengenai kehidupan masyarakat di Kelantan dan Selatan Thailand.

Kisah kehidupan mengenai perlawanan laga lembu yang turut membabitkan adegan pembunuhan itu berjaya digarap dengan sempurna tanpa banyak masalah untuk penonton memikirkannya.

Tapi sayang, hasrat Dain Said untuk melakukan kelainan dalam konteks pemikiran “zaman teknologi” pada hari ini tidak seratus peratus mencapai matlamatnya tetapi usaha itu berjaya daripada kekuatan lain.

Kita berhak untuk bersetuju atau tidak dengan apa yang kita lihat atau lakukan tetapi hak saya terhadap filem ini telah saya perjelaskan.

Sama ada anda boleh menerimanya atau tidak, pergilah menonton dan buatlah penilaian sendiri kerana cara itu adalah rumusan terbaik untuk pandangan anda.


DOWNLOAD KLIK SINI

Ulasan: NIEZAM ABDULLAH (niezam@thestar.com.my)

FILEM: BUNOHAN

GENRE: AKSI / DRAMA

PENGARAH: DAIN SAID

TAYANGAN: BERMULA 8 MAC 2012

KOS PRODUKSI: RM1.81 JUTA


DOWNLOAD KLIK SINI
Link (Rar Pass : syokdownload.com)

13.3.12

Gambar Tempat Nurul Dibakar Dan Sebab Dibunuh

Gambar tempat Nurul Nadhirah Dibakar

Kejam !! Hanya kerana hendakkan wang tunai RM30k ,budak kecik yang tak berdosa dibunuh dan dibakar hangus,Penculik perempuan dari kelantan bersekongkol..


Polis Johor mahu mendapatkan kerjasama rakan mereka dari Kelantan untuk "mencekup" seorang wanita yang menghubungi ibu kanak-kanak Nurul Nadhirah Abdullah, yang diculik dan semalam disahkan dibakar, dengan menelefon dan menghantar SMS berbaur ugutan meminta wang tebusan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff di sini, hari ini.

Ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, dilaporkan menerima panggilan dan SMS daripada seorang wanita tidak dikenali dari Kelantan, semalam.






Mohd Mokhtar berkata, pihaknya telah berhubung dengan polis negeri itu bagi membantu menyiasat kes tersebut.

"Kita minta bantuan polis Kelantan untuk cekup individu itu, kesan dia dan bawak dia ke Johor," katanya.

Roselyn sebelum ini dilaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000.

Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.

Read more: Baca Lagi Klik Sini


Link (Rar Pass : syokdownload.com)

Seefood (2012) Review

SeeFood adalah filem animasi tempatan pertama berbahasa Inggeris dan menggunakan format 3D.
SEEFOOD selayaknya diangkat tinggi bukan hanya kerana pencapaiannya menembusi lebih 90 negara di benua Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia, tetapi kerana ia adalah animasi buatan tempatan pertama dalam bahasa Inggeris.
Kalau sudah terbukti penerimaannya di luar, maka soal kualiti filem animasi arahan Goh Aun Hoe bukan lagi pertikaian.
Bagi sebuah naskhah kelahiran tanah air, SeeFood boleh dilihat sebagai hero baru dalam senario animasi kita selepas cetusan fenomena Upin & Ipin menerusi Geng: Pengembaraan Bermula (2009).
Kita menyedari kekangan dan batasan yang dihadapi penggiat tempatan, di mana pembikinan sebuah filem animasi bukannya berjumlah RM2 atau RM3 juta tetapi lebih daripada itu.
Namun kekurangan itu bijak dipergunakan oleh Goh dalam mempersembahkan animasi yang boleh meyakinkan.
Saya melihat pemilihan tema alam sekitar menerusi penceritaan oleh karakter haiwan adalah tindakan cerdik yang efektif.
Julius, si jerung berinsang putih
Kita sememangnya sedar sasaran utama penghasilan sesebuah animasi atau kartun di atas bumi ini adalah untuk memikat si kelompok cilik iaitu kanak-kanak.
Maka, pembinaan karakter yang comel dan menawan adalah nadi keberkesanan sesebuah animasi itu, dan menerusi Seefood, perihal itu tampak berhasil.
Justeru, secara tidak langsung, mesej tentang kepentingan untuk memelihara alam sekitar dan lautan dapat disalurkan dengan persembahan visual yang mengasyikkan dan santai.
Sedar atau tidak, saya mengakui tema dan penceritaan SeeFood itu jika tidak kena pada cara penyampaiannya, akan menjadi seperti sebuah pesanan khidmat masyarakat (PSA) yang membosankan, sekaligus menjadi tabu yang pasti dijauhi kanak-kanak.
Seiring dengan visi untuk menerapkan pendidikan pada minda kanak-kanak atau kepada sesiapa saja, pelayaran filem ini berjaya mengikat tumpuan namun sarat dengan mesej.
Pup si jerung buluh memerhatikan terumbu-terumbunya.
Secara peribadi, saya cukup tertarik dengan penghasilan karakter jerung dan dunia bawah laut serta flora fauna yang berwarna-warni itu.
Bahkan, aplikasi format 3 Dimensi (3D) yang menjadikan filem ini sebagai animasi pertama Malaysia menggunakan format itu menunjukkan industri animasi kita mampu mengikut perkembangan semasa.
Pun begitu, SeeFood yang berlatarkan watak-watak haiwan sebagai pencerita tidak mungkin dapat lari daripada menjadi perbandingan dengan filem animasi luar yang terlebih dahulu menjajahi minda kita dengan pendekatan sedemikian.
Konsep itu mungkin bukan sesuatu yang segar tetapi ia juga adalah idea yang berulang-kali diketengahkan dalam mana-mana animasi pun.
Beri peluang kepada SeeFood dan anda pasti tersenyum seusai tontonan filem ini.
Ia mungkin belum mencapai skala mega tetapi filem ini menjanjikan potensi kepada perkembangan animasi kita untuk lebih meyakinkan penonton di peringkat global, sebagaimana kita tertawan dengan Finding NemoIce Age atau Madagascar sebelum ini.
Babak antara si kura-kura Mertle, sotong Octo dan ikan pari bernama Spin di dasar lautan.
Filem terbitan Silver Ant Sdn Bhd ini berlatar belakangkan eko-sistem sekitar kita di mana karakter utamanya, Pup suara oleh Gavin Yap dan Julius (Diong Chae Lia) akan membawa penonton menyertai mereka ke alam pengembaraan yang penuh misteri dan tidak berpenghujung.
Apabila berdozen telur dari terumbu Pup dicuri oleh pemburu haram, Pup nekad untuk menyelamatkan abang-abang dan kakak-kakaknya, tanpa mengambil bahaya dan risiko misi tersebut.
Tekadnya untuk membetulkan keadaan membawa Pup ke dunia daratan, atau dunia Man, dengan kawasan yang indah tetapi penuh dengan mara bahaya.
Khuatir akan keselamatan Pup, Julius, seekor jerung berinsang putih muncul dengan misi yang tersendiri untuk menyelamatkan kawan karibnya.
Dengan sut istimewa mereka, keupayaan jerung untuk mengembara di daratan dalam animasi aksi penuh ketawa ini pasti akan mempesonakan anda.
SeeFood kini ditayangkan di pawagam bermula 8 Mac lalu.~Mstar online

12.3.12

Ngeri ! Nurul Nadirah Dibakar Dalam Ladang


SENAI - Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.
 
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.
 

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi.


Read more: http://www.xlupa.com/2012/03/budak-hilang-nurul-nadirah-dibakar.html#ixzz1ouR4U2WR

11.3.12

Gambar Neelofa Ternampak Spender Putih


 Ketika ini Neelofa sedang bergambar dengan krew.Dia tak perasan kain pendeknya itu telah menampakkan sesuatu yang tersembul keluar..iaitu spender bewarna putih.Herm..nasib baik ada pakai..
Apapun gambar Neelofa dengan seluar dalam putih  ini dengan cepat tersebar.Mesti dia malu dan berhati-hati selepas ini.Sebelum ni Ayu Raudhah dengan seluar dalam putih..mungkin trend artis sekarang suka menunjuk-nunjuk kaler spender kot..

Lagi Gambar KLIK SINI


Read more: http://www.xlupa.com/2012/03/gambar-neelofa-ternampak-seluar-dalam.html#ixzz1ooizu4MJ


Link (Rar Pass : syokdownload.com)

Kisah Sebenar Imam Baling Selipar

Ramai di kalangan rakyat Malaysia tertipu dengan sandiwara yang dimainkan oleh Hj Hoslan Bin Hj Hussain setelah beliau membuat kegemparan dengan membaling kedua-dua seliparnya kepada ketiga-tiga Hakim yang mengendalikan kesnya.

Siapa dia Hoslan Hussein yang sebenarnya yang dianggap oleh beberapa pihak terutamanya dari parti pembangkang sebagai seorang "hero" yang menegakkan keadilan. Maka pihak masjid terpaksa menjawab segala tohmahan yang dilemparkan oleh Hoslan Husain bagi menjaga nama baik Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan yang sudah dicalarkan oleh manusia durjana ini dengan menjaja-jaja keburukan pihak masjid.

Hoslan Hussain berasal dari Perak tetapi sudah lama menetap di Kg Pandan. Ayahnya Hj Hussain Bin Hj Abu Bakar, seorang yg. sering berulang-alik berjemaah di Masjid Ar-Rahimah. Disebabkan kekerapan Hj Hussain berjemaah di masjid, maka beliau sering membantu untuk melaungkan azan di kala tidak ada Muazzin di Masjid.Akhirnya Hj Hussain memohon jawatan sebagai Bilal.Dalam pada itu juga, Hj Hussain akan menjadi Imam jika sewaktu itu Imam Masjid mempunyai keuzuran dan tidak dapat hadir.Peluang ini juga diambil oleh Hj. Hussain (bapa Hoslan) untuk memohon pula jawatan sebagai Imam, maka dijadikan sebagai Imam Kariah atau dipanggil juga Imam Rakyat.Imam Kariah hanya boleh menjadi Imam untuk Solat Fardhu biasa dan beliau tidak berkelayakan untuk membaca khutbah Juma'at dan menjadi Imam untuk Solat Jumaat.

Sementara bagi Hoslan Hussain pula, beliau sebelum ini dikenali sebagai "Mat Rempit" di Kg. Pandan.Disebabkan Hoslan begitu aktif dengan parti pembangkang yang disertainya, maka Hoslan begitu teruja apabila melihat beberapa rakan-rakannya pergi menunaikan fardhu haji. Hoslan yang bekerja di Jabatan Alam Sekitar, akhirnya dapat mengumpulkan duit untuk menunaikan fardhu haji.Bermula dari balik hajilah, Hoslan mengubah penampilannya dengan hanya memakai jubah dan berserban walau ke mana sahaja dia pergi. Hoslan mengikuti jejak ayahnya Hj Hussain, berjemaah di Masjid Ar-Rahimah yang hanya terletak beberapa meter sahaja dari kediamannya di rumah setinggan Kg Pandan.

Pada satu Juma'at tahun 2005, Pengerusi Masjid mengumumkan bahawa masjid sedang mencari seorang Muazzin bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Hj Hussain meminta agar anaknya Hoslan memohon jawatan tersebut, maka disebabkan Hoslan sering berada di masjid, permohonannya diterima.Maka bermulalah karier Hj Hoslan sebagai Muazzin dan beliau memohon agar dapat menduduki kuarters yang disediakan oleh masjid untuk kakitangan masjid.Sejak dari memegang jawatan Muazzinlah, Hoslan begitu merasa bangga dengan jawatannya apatah lagi adakalanya beliau menjadi Imam bagi mengganti keuzuran Imam yang lain.Hoslan cuba juga memohon jawatan sebagai Imam tetapi permohonannya ditolak disebabkan beliau tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama.Difahamkan daripada Hoslan sendiri, beliau hanyalah belajar membaca Al-Quran daripada seorang Imam yang bernama Hj Salleh.(Allahyarham)

baca lgi klik link bawah
Read more: http://www.xlupa.com/2012/03/kisah-sebenar-imam-baling-selipar.html#ixzz1ooUzKIEx

Shahrizat Letak Jawatan Tanda Bersalah

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 8 April setelah tamat penggal lantikan beliau sebagai senator.
 
Namun begitu, beliau yang berkhidmat sebagai senator untuk penggal pertama ini tidak akan melepaskan jawatan Ketua Wanita Umno yang disandangnya, sebaliknya akan terus mengekalkan jawatan tersebut.

“Saya memaklumkan bahawa 8 April apabila tamat penggal sebagai ahli dewan negara saya akan berundur sebagai menteri,” katanya.
 
“Saya turut mengambil kesempatan untuk mengucap terima kasih kepada pemerintahan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan rakan jemaah menteri kerana mendapat kerjasama yang baik selama 10 tahun sebagai menteri,” katanya selepas merasmikan Majlis Jalinan Kasih Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Desa Water Park di sini.
 
Perletakan jawatan beliau itu dilihat selepas empat bulan setengah pendedahan demi pendedahan dibuat terhadap diri dan juga keluarganya berhubung dakwaan penyalahgunaan dana awam untuk projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) bernilai RM250 juta oleh syarikat keluarganya Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).

Projek penternakan lembu itu diketuai oleh suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, dan tiga anak mereka.
 
Mereka menjalankan projek Pusat Fidlot Nasional yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan pada 2006, ketika Shahrizat pada masa itu merupakan menteri Kabinet.

Bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebelum ini menolak gesaan supaya beliau meletak jawatan oleh pemimpin-peminpin Umno dan menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang kaitan terhadap proijek berkenaan kerana beliau hanyalah merupakan isteri kepada Salleh.
 
NFCorp mula mendapat perhatian setelah Laporan Tahunan Ketua Audit Negara melaporkan projek penternakan lembu berkenaan gagal mencapai sasaran.

Sejak dari itu, pembangkang mula membuat beberapa siri pendedahan syarikat mereka menyalahgunakan dana projek berkenaan untuk perkara yang tidak berkaitan dengan penternakan.

Ini termasuklaj pembelian condominium bernialai jutaan ringgit di Bangsar dan Singapura termasuk lot tanah di Putrajaya.
 
Polis malah telah mencadangkan kepada Peguam Negara supaya mendakwa pengarah-pengarah NFCorp kerana telah melakukan kesalahan pecah amanah, namun Peguam Negara mengarahkan pihak polis untuk menjalankan siasatan lebih lanjut berhubung dakwaan berkenaan.

Shahrizat dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat pada 2001 dan mengekalkan jawatan selepas Pilihan Raya Umum 2008 walaupun beliau tewas ketika pilihan raya tersebut.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai penasihat khas Perdana Menteri berhubung hal ehwal wanita dan pembangunan sosial sebelum menyambung portfoli Kabinetnya.


Read more: http://www.xlupa.com/2012/03/shahrizat-akhirnya-letak-jawatan.html#ixzz1oo44JNuH


Report Dead Link..KLIK SINI
Tutorial Unblock SKMM KLIK SINI
TUTORIAL DOWNLOAD KLIK SINI