Siapa tak kenal Yuna,artis yang kini bertaraf antarabangsa ini gembira tak terkata bila salah seorang kumpulan Jonas Brothers iaitu Kevin terhibur mendengar lagu nyanyiannya.Tidak cukup dengan itu, abang sulung kepada Joe dan NicK Jonas tu mendedahkan yang dia juga ada menyimpan gambar Yuna di dalam telefon bimbit. 'Rahsia' itu didedahkan Kevin ketika di sesi temubual bersama media Malaysia sekitar bulan lalu.
"(gelak) Rasa gembira dan tak sangka dia dengar lagu saya. Kawan saya yang beritahu pada saya tentang perkara itu.
"Sebenarnya masa touring saya dengan kawan saya selalu tonton rancangan Kevin yang dengan isterinya Danielle Deleasa di saluran E! Setiap kali balik hotel, bila buka TV ada rancangan tu. Kami memang peminat mereka. Suka tengok Kevin dengan isteri dia. Saya juga dengar lagu-lagu Jonas Brothers. Love Bug lagu kegemaran saya ", kata Yuna sewaktu ditemui di acara red carpet Shout! Awards, Jumaat lalu.
Di malam anugerah itu, Yuna mendominasi dua kategori iaitu mempertahankan gelaran sebagai penyanyi Pop Terbaik menerusi Popstar Awards dan meraih Wired Celebrity Award.
Mengulas mengenai kemenangannya, Yuna berkata dia mahu berkongsi pengiktirafan tersebut bersama peminat-peminatnya yang masih sentiasa menyokong walaupun kebelakangan ni dia kerap meninggalkan Malaysia dan menumpukan kerjaya muziknya di Amerika Syarikat. Itu tandanya dia belum kehilangan peminat di sini.
"Saya tak rasa hilang peminat di sini. Alhamdulillah masih ada yang mahu menerima karya-karya saya. Walaupun saya di Amerika saya sebenarnya membawa juga perjuangan peminat - peminat Malaysia saya ke sana. Saya rasa peminat faham dengan perjuangan saya.
"Shout! Awards platform yang memperkenalkan bakat baru. Saya rasa patut ia diadakan pada setiap tahun", katanya.
Tambah penyanyi berusia 26 tahun ini, sepanjang tiga bulan mengadakan konsert jelajah di serata Amerika, baru baru ini banyak pengalaman baru yang diterima selain dapat mengumpulkan peminat baru.
"Selepas enam bulan album saya dilancar di sana, peminat semakin bertambah. Peminat di sana melihat saya sebagai pemuzik. Mereka datang menyaksikan konsert saya", tambahnya lagi.
Dalam pada itu, walaupun mengesahkan dirinya kini solo, Yuna tidak dapat lari dari ditanya tentang cinta. Bukan apa, kepulangannya ke Malayisa kali ini turut ditemani seorang jejaka mat salih yang dikenali sebagai Julian. Sudah dua kali MD sendiri ternampak pemuda yang boleh tahan kacak itu menemani Yuna di majlis hiburan. Bertanyakan siapakah gerangan jejaka yang tidak lekang kamera di tangan itu, Yuna menjawab,
"Oh, dia jurugambar yang label saya di Amerika amanahkan untuk dia rakam segala aktiviti seni juga aktiviti saya sepanjang di sini. Kira apa saja yang berkaitan dengan muzik saya di sini dia akan ambil gambar saya. Macam baru-baru ni saya ada konsert Homecoming juga AIM dan lain-lain", jelas Yuna.

No comments:
Post a Comment