28.11.12

Home »»Gadis Comel Terima Pakaian Duit Dari Sugar Daddy

Gadis Comel Terima Pakaian Duit Dari Sugar Daddy



Betulkah perempuan cantik sekarang gilakan duit.Kerana duit sanggup kahwin lelaki tua,sanggup jadi perempuan simpanan,rela jadi 'belaan lelaki kaya asalkan segala kemewahan boleh didapati secara mudah.Bagi gadis dari China ini dia tak kisah dijadikan 'sugar daddy' malahan  bangga dengan menayangkan pada orang ramai habuan yang dia dapat.

Berbekalkan rupa paras yang cantik,Sina Weibo mudah jadi idaman lelaki tua yang kaya.Pada harijadi yang ke 21 tahun dia telah menerima pakaian dari duit nilainya 200,000 yuan (RM98,000)!

Dia telah memuat naik gambarnya yang memakai baju duit itu di laman sosial.
Namun, atas tindakannya itu, ramai yang telah mengecam gadis itu dengan mengatakan dia sebagai seorang gadis yang sakit jiwa atau terlalu berlagak.

Gadis Comel Terima Pakaian Duit Dari Sugar Daddy
“Daddy telah memberikan hadiah hari jadi saya yang sangat bernilai iaitu baju duit sebanyak 200,000 yuan! Sangat bernilai! Saya sangat terkejut dengan hadiah ini dan barangan jenama Channel, LV dalam almari saya sekarang ini sudah tidak bernilai,” kata gadis itu menerusi laman sosialnya yang dipetik dari People Daily.com.

Ada juga warga internet yang menempelak gadis itu dengan mengatakan dia bodoh kerana terlalu percayakan ‘daddynya’ kerana mengetahui kekasih kepada gadis itu hanya mahukan hubungan seks sahaja.
source

No comments: