27.11.12

Home »10 Gambar Cun Siti Nurhaliza Di Majlis Simply Siti 2012

10 Gambar Cun Siti Nurhaliza Di Majlis Simply Siti 2012


Tahun ini, kempen yang merupakan satu tanggungjawab sosial korporat ini sekali lagi menemui peminat dengan program dan kempen yang lebih besar skalanya di mana Siti NUrhaliza bekerjasama dengan Yayasan IJN untuk membantu tiga orang kanak-kanak yang mengalami masalah jantung.

Berbanding empat lokasi tahun lalu, kali ini, Siti akan menjelajah ke 11 lokasi di seluruh semenanjung untuk menjayakan misi SimplySiti Di Hati 2012 bermula dengan Watson Semua House pada 30 November 2012 sehinggalah ke lokasi terakhir pada 27 Januari 2013 di Watson Alpha Angle.

Tahun ini juga, para peminat dapat mengikuti semua aktiviti Siti Nurhaliza buat tour dengan menonton saluran TV2 yang disiarkan setiap hari dalam rancangan Podium, jam 5 petang dan 10 malam.








Menurut Dato’ Siti Nurhaliza,

“Tahun ini, SimplySiti telah mengalu-alukan kerjasama dari pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang merupakan Rakan Penyiar Rasmi SimplySiti Di Hati 2012.”

Selain kerjasama dengan RTM, SimplySiti turut bekerjasama dengan rakan eksklusif Watsons, Yayasan IJN sebagai rakan CSR Rasmi, RTM dan Berjaya Hotels & Resort selaku hotel rasmi.

Dato’ Siti Nurhaliza menjemput pengguna SimplySiti untuk turut sama menjayakan kempen ini dengan menghadirkan diri di lokasi berdekatan yang akan menjanjikan keseronokan dan berpeluang bertemu bintang kesayangan mereka ini.

source

No comments:


Report Dead Link..KLIK SINI
Tutorial Unblock SKMM KLIK SINI
TUTORIAL DOWNLOAD KLIK SINI