31.10.11

Gambar Keretapi Langgar Lori Minyak di Sabah+Video






Kemalangan Terkini yang sedang berlaku di Putatan sabah,Inilah keadaan keretapi yang sedang terbakar,Dikhuatiri ramai yang kehilangan nyawa kerana ia berlaku pada waktu puncak,ia melibatkan Keretapi dan lori tangki minyak hingga menggegarkan Airport KKIA.



Sebuah kereta api dalam perjalanan dari Stesen Tanjung Aru ke Papar merempuh sebuah lori tangki di lintasan berhampiran sebuah stesen minyak di Petagas dekat sini petang tadi.

Kejadian kira-kira 5.30 petang tadi itu menyebabkan letupan kuat dan sekurang-kurangnya enam orang cedera dengan pemandu lori tangki berkenaan patah kaki.
Asap tebal akibat letupan itu boleh dilihat dari jarak sehingga lima kilometer.

Berikutan rempuhan itu, kereta api dan lori tangki berkenaan melekat dan masih berada di landasan.An explosion and fire broke out following a collision between a Sabah Railways train and a fuel lorry tanker here on Monday.



The 5.40pm accident occurred at Jalan Kepayan-Jalan Lintas junction near the Kota Kinabalu international airport.
Ambulances and fire trucks were seen rushing to the scene.
The number of casualties have yet to be determined.
A thick column of smoke could be seen from miles away and the mishap caused brought traffic to a virtual standstill along both busy roads.



Tiada pagar kesalamatan.Suatu yang pelik dan bakal jadi isu. .Stesen minyak Shell tu pulak memang kena lalu jalan keretapi tu. Dengar cerita lori tu tersangkut masa nak lalu jalan keretapi tu. Dalam 27,000 liter jugak minyak tu. Keretapi dah bagi hon dari jauh dah, tapi still tak dapat nak elak.




Update ..


Hampir 200 penumpang kereta api yang dalam perjalanan dari sini ke Papar terselamat apabila kenderaan itu merempuh sebuah lori tangki minyak mengakibatkan berlaku kebakaran dan letupan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini petang ini.

Kejadian pukul 5.30 petang itu menyebabkan kesesakan trafik yang teruk apabila jalan hadapan KKIA menghala Putatan terpaksa ditutup pada pukul 6 petang kerana api yang marak.

Difahamkan lori tangki membawa muatan 27,000 liter petrol itu terbakar serta-merta selepas dirempuh, seterusnya berlaku letupan kuat dan asap hitam tebal menjulang setinggi 30 meter.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan daripada kejadian malang tersebut dan hanya sembilan orang penumpang dilaporkan cedera.

Beliau berkata, pemandu lori tangki minyak dan pemandu keretapi juga tidak mengalami sebarang kecederaan serius kerana sempat menyelamatkan diri.

“Lori tangki itu dilaporkan cuba melintas laluan keretapi yang terletak berhampiran jalan besar dekat KKIA bagi menghantar minyak ke sebuah stesen terletak berhampiran dengan laluan keretapi tersebut.

“Namun ia dipercayai tidak sempat melintas dan menyebabkan dirempuh keretapi yang menuju ke Papar,” katanya pada sidang akhbar di sini, malam ini.

Menurut pemandu lori tangki itu yang ingin dikenali sebagai Pouleh Dansun, sebelum kejadian, dia terdengar hon kuat tetapi menyangka ia dibunyikan oleh kenderaan di belakangnya.

“Namun setelah ditoleh ke kiri sebuah kereta api menuju ke arah saya. Saya cuba memecut lori itu untuk melintas laluan keretapi tersebut tetapi gagal.

“Kereta api itu lalu merempuh bahagian belakang lori dan menyebabkan ia terbakar dan meletup,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut saksi, penumpang-penumpang dalam kereta api itu berjaya menyelamatkan diri selepas pelanggaran berlaku dengan melarikan diri ke bahagian belakang keretapi.

Mangsa-mangsa yang cedera segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Fauzi berkata, lima kereta bomba dari balai bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Katanya, mereka juga dibantu dengan sebuah kereta tangki air dan dua kereta bomba dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat lapangan terbang itu.

Honda CR-Z Sport Hibrid Akhirnya Sampai Di Malaysia+ 16 Pic


HONDA Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) akan memperkenalkan Honda CR-Z, kereta sport hibrid yang memenangi anugerah Kereta Terbaik Jepun 2010 ke pasaran negara ini, minggu depan.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno berkata, Malaysia menjadi negara Asean pertama melancarkan model berkenaan.

“Kami berpuas hati dengan langkah kerajaan melanjutkan pelepasan cukai penuh bagi duti import dan duti eksais seperti dalam Belanjawan 2012 baru-baru ini.

“Pelancaran CR-Z sememangnya seiring dengan usaha kerajaan untuk mempromosikan teknologi hijau dan memastikan pembangunan lestari di negara ini,” katanya dalam kenyataan di Petaling Jaya semalam.

Beliau berkata, berikutan sambutan hangat bagi model Honda Insight yang dilancarkan tahun lalu, pihaknya memutuskan untuk membawa satu lagi kenderaan hibrid ke negara ini.

“CR-Z bukan saja mesra alam, malah sangat mesra pengguna dan seronok untuk dipandu,” katanya.


Sejak memasuki pasaran di Jepun pada Februari 2010, model ini sudah dijual hampir 34,000 unit di seluruh dunia sehingga Disember tahun lalu.



HONDA Malaysia Sdn Bhd dijangka membawa masuk satu lagi versi baru kereta hibrid, iaitu Honda CR-Z Hybrid Sport ke pasaran tempatan sekitar suku kedua tahun ini.
Sumber industri berkata, model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun dan menggunakan enjin 1.5 liter i-VTEC itu, akan dijual pada harga sekitar RM118,000 hingga RM120,000 seunit.

“Pengenalan model hibrid itu sejajar dengan komitmen Honda untuk terus merangsang pasaran automotif tempatan dengan pengenalan beberapa barisan model baru dan model dipertingkatkan tahun ini,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kali terakhir Honda Malaysia melancarkan model barunya pada Disember lalu dengan menampilkan versi Honda Insight hibrid dan difahamkan model itu kini sudah meraih tempahan lebih daripada 1,300 unit.

Selain Insight hibrid yang menggunakan enjin 1.3 liter SOHC i-VTEC dan dijual pada harga atas jalan RM98,000 seunit, Honda Malaysia turut memasarkan Civic Hibrid pada harga RM108,980 di Semenanjung dan RM109,980 di Sabah dan Sarawak.

Sumber itu berkata, pengenalan Honda CR-Z Hybrid Sport Honda itu juga adalah hasil manfaat daripada langkah kerajaan melanjutkan insentif cukai menerusi pengecualian penuh cukai import dan eksais untuk kereta hibrid dalam pengumuman Bajet 2011.
Ia, katanya, sekali gus menjadikan kenderaan hibrid yang dipasarkan di Malaysia kini lebih mampu dimiliki.

Menerusi pelepasan cukai, jelas sumber, bagi kenderaan hibrid berkuasa 2,000 cc ke bawah, peserta industri seperti Honda akan mendapat lebih banyak pilihan untuk mempertingkatkan lagi rangkaian kenderaan hibrid di Malaysia.

Honda CR-Z hibrid yang digayakan dengan tempat duduk 2+2 coupe serta memiliki ciri yang sama seperti Volkswagen Scirocco, adalah kereta hibrid pertama Honda yang memiliki manual enam-kelajuan.

Model yang dianugerahkan sebagai Kereta Terbaik Jepun 2010, memiliki ruang dalaman moden dan berteknologi tinggi sambil papan pemukanya yang memiliki pelbagai paparan maklumat, ditampilkan dengan pencahayaan lampu biru.

Gabungan tenaga model itu mampu menjana sehingga 122 brek kuasa kuda (bhp) pada 6,000 rpm dan tork maksimum sehingga 174Nm.

Sumber itu berkata, dengan pengenalan versi hibrid baru itu dan ditambahkan lagi dengan beberapa lagi model baru lain, Honda Malaysia dijangka berupaya meraih jumlah jualan keseluruhan sebanyak 48,000 unit pada tahun ini berbanding 44,486 unit tahun lalu.

Tahun lalu, model terlarisnya, City, kekal sebagai penjana utama pertumbuhannya dengan mencatatkan jualan 19,946 unit (45 peratus daripada keseluruhan jualan), diikuti model Civic dan Accord yang masing-masing menyumbang sebanyak 20 peratus dan 16 peratus jualan, manakala model CR-V edisi baru menyumbangkan sebanyak 12 peratus.

Bakinya disumbangkan oleh model CBU seperti Jazz, Stream, Freed, Odyssey, Civic Hybrid dan Type R, dan Accord V6

HONDA CR-Z Hibrid Sport miliki ruang dalaman moden dan berteknologi tinggi.

HONDA CR-Z Hibrid Sport miliki ruang dalaman moden dan berteknologi tinggi.
CR-Z Hybrid Sport 1.5 liter i-VTEC dijual pada harga RM120,000

Steve Jobs Tak Pernah Pakai Plate Kereta Kerana..



Tahukah anda bahawa kereta milik Steve Jobs yang dipandu semasa hidupnya tidak mempunyai nombor plate.

Adakah Steve Jobs semasa hidupnya mempunyai kekebalan dari segi undang-undang atau dia telah kautim dengan JPJ California?

Mengikut undang-undang JPJ California, kereta yang baru dibeli boleh tidak didaftarkan nombor plate sehingga enam bulan. Maka dengan itu Steve Jobs akan menukarkan keretanya Mercedes SL55 AMG setiap enam bulan dan dengan kaler yang sama.

Tetapi cara itu hanya sesuai untuk orang billionaire seperti beliau.

Petaling Street Warriors Free Download


DOWNLOAD HERE
Link (Rar Pass : syokdownload.com)
Bergenrekan filem aksi komedi,pasti filem lakonan artis hip-hop kontroversi, Namewee ini bakal menarik ramai penonton dan peminat di seluruh Malaysia. ‘Nasi Lemak 2.0′ yang dibintangi oleh Namewee sebelum ini turut mengaut keuntungan tidak kurang dari RM7 Juta apabila mula ditayangkan pada umum.


Filem ini mengisahkan tentang situasi yang berlaku di Petaling Street sekitar awal tahun 1900 dimana ramai pahlawan yang dilahirkan disana. Filem ini turut mempunyai sedikit persamaan dengan filem arahan Stephen Chow, “Kung-fu Hustle”dan mengekalkan ciri-ciri pelbagai bangsa yang sesuai untuk tontonan setiap lapisan masyarakat.


Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam pada 1 Disember 2011. saksikan trailer filem ‘Petaling Street Warriors’

Synopsis: “Petaling Street Warriors” takes the setting in 1908, where a Hokkien mee seller named See has to face continuous extortions from the colonial police and Chinese gangs in Petaling Street, Kuala Lumpur while having a troubled (and sex-less) marriage to his wife, Zhung. In order for him to impress Zhung, See recruits his neighbours to form a Self-Strengthening Society to protect the local community from harassment only to get into a tougher situation when skilled fighters from Japan and the Qing government appears to retrieve a treasure map from See that even he, himself is unaware of.




DOWNLOAD HERE
Link (Rar Pass : syokdownload.com)

Amaran ! Banjir Terbesar Dlm Sejarah Akan Tenggelamkan Malaysia


Penduduk di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, timur Sarawak dan Sabah dinasihatkan supaya bersiap sedia untuk menghadapi gelombang banjir yang dijangka lebih besar berikutan peralihan musim Monsun Timur Laut, bulan depan.

Pengarah Institut Kajian Bencana Asia Tenggara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata musim tengkujuh kali ini dijangka membawa 40 peratus atau 880 milimeter lebihan hujan berbanding tahun lalu.

“Banjir yang dijangka melanda enam negeri berkenaan mungkin tidak seteruk di Thailand, namun impaknya tetap buruk berdasarkan taburan dan curahan hujan yang meningkat secara drastik akibat pelepasan gas karbon dioksida tidak terkawal yang menyebabkan perubahan iklim, sekali gus mengakibatkan bencana termasuk risiko tanah runtuh.

“Persiapan terbaik bagi penduduk yang tinggal di kawasan berisiko ialah memahami situasi banjir di lokasi mereka dan menggunakan pengalaman lalu untuk mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan harta benda,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ibrahim berkata, punca utama banjir kilat di kawasan bandar pula disebabkan longkang selalu tersumbat, parit kurang lebar, manakala banjir sungai berlaku akibat curahan hujan lebih banyak berbanding keupayaan sungai mengalirkan air ke laut dalam jangka masa tertentu.

“Banjir kilat tetap akan berlaku walaupun pokok ditanam bagi mewujudkan zon penampan banjir, terutama di kawasan perumahan yang hampir dengan alur sungai. Saya sarankan pemaju hartanah membangunkan kawasan perumahan baru di kawasan tinggi sedikit,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai tidak seharusnya terlalu bimbang dengan banjir kerana pihak berkuasa sentiasa menyediakan lokasi pemindahan sementara yang baik serta selamat termasuk koordinasi tersusun pelbagai agensi berkaitan.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi melaporkan siri hujan lebat diramal di sebelah timur Kelantan dan Terengganu pada November, diikuti timur Pahang serta Johor bermula Januari dan berlanjutan sehingga peralihan monsun Timur Laut berakhir Mac tahun depan

Pelbagai Cara Elak Mengandung



Saya ada satu kemusykilan di sini, adakah isteri saya boleh mengandung jika semasa mengadakan hubungan seks dengan dia tidak membuka seluar dan juga dia juga memakai seluar dalam serta panty liner. Kami hanya bermain secara luaran sahaja hingga mencapai kepuasan hingga saya klimaks. Ini kerana dia tidak mahu ada anak lagi dan masih sambung belajar dengan alasan dia tidak mahu ada anak kerana takut dia terpaksa menangguhkan pelajarannya. Saya harap doktor dapat membantu kemusykilan saya ini.

- R, Utara.



Jawapan:

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik R yang sudi berkongsi dan bertanyakan soalan ini. Mungkin tidak terlambat juga untuk saya mengucapkan tahniah kepada anda berdua. Saya agak anda berdua adalah pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga. Saya juga dapat membayangkan yang Encik R adalah seorang yang amat penyabar dan amat bertimbang rasa. Anda sanggup bersusah payah ‘bermain secara luaran sahaja’ bersama isteri bagi mencapai kepuasan dan klimaks.

Kepuasan

Cara yang anda amalkan bersama si isteri adalah bukan cara yang terbaik bagi menikmati kepuasan seks atau memperolehi kenikmatan bersuami isteri.

Untuk pengetahuan anda, ada pelbagai cara yang lebih baik yang perlu dipraktiskan jika tujuan utama adalah untuk mengelak kehamilan. Cara yang anda berdua amalkan adalah cara yang tidak tepat dan membebankan diri anda berdua. Sebenarnya saya agak gusar jika hubungan sebegini diamalkan oleh anda berdua dalam jangka masa yang agak panjang memandangkan isteri anda masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata. Mungkin akan timbul perasaan stres, kemurungan dan pemikiran yang tertekan jika amalan yang ‘kurang normal’ itu diamalkan. Nasihat saya ialah untuk anda menghentikan amalan tersebut dan nikmatilah hubungan seks antara suami dan isteri secara normal. Anda boleh mengamalkan salah satu cara pencegah kehamilan bagi mengelakkan daripada isteri anda hamil.

Pencegahan

Mencegah kehamilan boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Pencegahan kehamilan (dikenali juga sebagai perancang keluarga atau kontraseptif) membolehkan anda menikmati kehidupan seksual tanpa perlu bimbang tentang kehamilan. Justeru itu, anda perlu mendapatkan nasihat doktor kerana kaedah yang dipilih adalah bergantung kepada kesesuaian, kehidupan sosial dan kehendak pasangan tersebut. Semua kaedah pencegah kehamilan adalah berkonsepkan untuk menghalang persenyawaan dan penempelan embrio. Memang saya tidak menyangkal yang tiada kaedah kontraseptif yang memang 100 peratus berkesan mencegah kehamilan. Tetapi kegagalan dengan kaedah ini hanyalah lebih kurang satu hingga dua peratus sahaja.

Pil

Terdapat pelbagai kaedah pencegah kehamilan yang terdapat di pasaran seperti pil pencegahan hamil (OCP), alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD), implan (susuk) pencegah kehamilan, suntikan pencegah kehamilan, cincin pencegah kehamilan (Nuva Ring), kondom untuk lelaki dan lain-lain lagi. Dengan perkembangan dunia perubatan yang semakin maju, sebenarnya tiada lagi istilah ‘termengandung’ yang biasa digunakan oleh kaum wanita sebagai alasan setiap kali hamil. Pelbagai kaedah pencegah kehamilan yang selamat, berkesan, mudah diguna, tiada kesan sampingan dengan kadar kos yang berpatutan dan mudah didapati pada masa kini. Seperti mana kata perumpamaan ‘Tepuk Dada Tanyalah Selera’. Anda berdua boleh memilih yang mana yang paling sesuai untuk anda amalkan setelah berbincang dengan doktor


Telan Air Mani Risaukan Suami klik sini

Asian Photography-Mediafire


Asian Photography
Country: UK (English)
Format: PDF
Date: October 2011
Pages: 100 pages
Size: 53 Mb

India's premier photography Business to Consumer (B to C) publication, devoted to photography both in the professional and amateur segments. with a very high monthly circulation and is patronized by the entire industry including advertisers like Kodak, Fuji, Agfa, Canon, Nikon, Olympus and all major players. This publication is 15 year old.
Link (Rar Pass : syokdownload.com)

Foto-Foto Comel Tapi Geli Anak Haiwan+ 55 Pic



1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13


15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

44

45

46

47
Foto-Foto Comel Tapi Geli Anak Haiwan+ 55 Pic
48

49
Foto-Foto Comel Tapi Geli Anak Haiwan+ 55 Pic
50

51

52
Foto-Foto Comel Tapi Geli Anak Haiwan+ 55 Pic
53

54

55

Foto-Foto Comel Tapi Geli Anak Haiwan+ 55 Pic


Report Dead Link..KLIK SINI
Tutorial Unblock SKMM KLIK SINI
TUTORIAL DOWNLOAD KLIK SINI